Thursday, February 16, 2012

No more excuses

Kalau cerita kat orang, memang orang pelik, tak percaya dan tertanya2 tetapi benda nih memang betul dan sahih. Percaya tak kalau orang lain berebut2 and excited sangat nak pegi overseas assignment tapi I pula seboleh2nya menolak ataupun dalam hati "janganlah bagi kat aku" ataupun "bagilah kat orang lain, tolonglah janganlah aku kena pegi". Yang bestnya, masa bos dok cari mangsa nak pegi, memasing tiba2 jadi cengkerang. Badan nih kalau boleh dikecutkan, memang harus kecut punya, sebab taknak bagi bos nampak. Sebenarnya, bukan susah sangat pergi assignment overseas tuh tambah2 trip semua orang dah organisekan. Dari mula jejak kaki kat airport kita sampailah ke pintu bilik hotel negara yang dikunjungi, semua dah disettlekan. Kita cuma bawa beg dan diri jer pegi dan paling penting tape recorder, yerlah nak buat report, kenalah pakai tape recorder, takut tak tertulislah pulak. Kalau nasib baik, travel bisnes class lagi. Weyy, setakat nak pegi sendiri, tak mampu nak travel bisnes class. "ko ada mampu?". Dahlah pegi sana "orang tanggung makan minum berak cangkung", dapat pula elaun dari ofis, kiranya boleh buat duitlah untuk shopping kat sana kalau nak. Seriously, I memang tak teringin langsung nak pegi tapi I betul2 "tabik MassComm" kat one of my collegue. Dalam sakit kakipun, dia still bersemangat nak pergi Paris and London, buat coverage our minister. Rasanya, bospun dah bengang dengan I. Last year jer, I disuruh pergi Tokyo, New Zealand and China and this year Sydney and paling latest Qatar and Dubai. Ingat lagi harituh bos besar panggil masuk bilik sebab katanya I dah lama tak keluar negara. Bos siap stress lagi "next trip, you like it or not, you kena pergi". Oh tidakkkkk, tolonggggg ... apa alasan yang harus I bagi ....

No comments:

Post a Comment