Tuesday, February 21, 2012

Khasiat Cekelat

Me n my anak2 daras Soraya and Alea memang suka makan chocolate Royce nih. I selalu beli kat Tropicana Club. Harga RM45 tapi kalau I beli kat situ dapat 10 percent diskaun sebab we all member kat situ. Memang parah kalau beli, sebabnya tak sampai 10 menit dah abih semuanya. Selalunya, I beli sorang satu, kalau tak memasing dok berebut termasuklah mummy sekali. Ramai yang kata cekelat hitam nih elok dimakan. Telah disahkan bahawa antioksida yang terkandung dalam coklat adalah saling berkait dengan kesihatan tubuh badan, antaranya:-
-Mengurangkan risiko mati kerana sakit jantung
-Memperbaiki fungsi sel endothelial
-Memperbaiki sistem perncernaan dan buah pinggang
-Mengurangkan tekanan darah tinggi
-Peningkatan yang bagus dalam pengaliran darah
-Flavonoid yang terkandung dalamnya digunakan untuk merawat anemia, buah pinggang dan kurang selera makan
-Terdapat dua jenis flavonoid iaitu cetechin dan epicarechin dimana ia mampu merawat simptom - simptom kanser. Dan kandungan dalam coklat hitam adalah 3 kali ganda yang terkandung dalam teh.


Coklat hitam juga menjadi pilihan yang bijak untuk sumber copper dan magnesium dimana ianya perlu dalam mengawal jantung berada dalam kiraan degupan yang normal dan untuk mengawal tekanan darah. Namun harus diingat memakan coklat hitam dalam jumlah yang banyak adalah tidak bagus kerana ia mempunyai jumlah lemak dan kalori yang tinggi. Sebab itulah coklat selalu dijadikan makanan tambahan untuk mereka yang melakukan aktiviti lasak, jadi kalau anda ingin pergi mendaki gunung contohnya jangan lupa bawa coklat. Coklat hitam turut mempunyai kafein di dalamnya, jadi makannya berpada - pada. Jangan dimakan sebelum tidur kerana kamu pasti akan segar semula. Selain dari itu dalam kajian terkini, coklat hitam turut boleh mencegah risiko kerosakan otak selepas mengalami strok.

No comments:

Post a Comment