Saturday, May 26, 2012

HandyMendy

Selain daripada family tersayang, ada jugak orang2 penting lain dalam kehidupan seharian kita. Pada I, handymen memang penting "as and when" they are required. Dulu I ada sorang jer handyman, Mr Lim namanya. Segala2nya, dia yang uruskan, dari bumbung bocor hinggalah ke wiring dalam rumah. Tip-top tapi beberapa tahun kemudian, I terus hilang contact dengan dia. Last sekali masa dia datang rumah I untuk pasang kabinet kat dapur, dia nampak kurus sangat. I sempat tanya, "Pasal apa Mr Lim banyak kurus" tapi dia senyum dan diam jer. Apa yang I dengar, dia dah balik Penang dan lepas tuh langsung tak dengar2 dah khabar berita. Masa kita tak perlukan dia oklah, tapi time2 kita memang "membutuhkan" servis kepakaran doranglah, masa tulah I kelam kabut. Tapi alhamdullilah, I diketemukan dengan Mr Ah Hock. Baik sangat, gaya macam bapak2 jer. Dia nih asalnya tukang cat, tukang baik longkang dan sikit2 buat wiring. Dialah yang kemudiannya kenalkan I pada kenkawan dia yang lain yang kemudiannya jadi best friend I, again "as n when" I nak servis dorang. These people are Mr Ah Lam - tukang baik bumbung kalau ada bocor; Mr Ah Ham - plumber aka tukang paip; and  last but not least Mr Ah Weng - tukang servis aircond. Ada sorang lagi I baru dapat, Mr Kent, tukang buat bumbung jugak. Dia ni charged mahal sikit tapi kerja gerenti memang bagus, Yang tak bestnya, susah betul nak dapat Mr Kent nih sebab selalu overseas. And satu lagi, pekerja Indon Mr Kent ni semuanya handsem2 belaka, mengalahkan aktor sinetron Indonesia. Bukan setakat handsem tapi bila cakappun tak dengar suara, sopan sungguh. Yang merisaukan bukan apa, setiap kali pekerja2 kontrak nih datang buat kerja2 repairing kat rumah I, mulalah belakang rumah I tuh jadi tempat berhimpun segala maid yang ada. Masa tulah maid2 ni nak angkat kainlah, nak sapu sampahlah, nak suapin anak2 and last2 sekali pakat ramai2 berkumpul kat situ. Anyway, tokeh2 Cina nih, memang baik, dan sememangnya tidak pernah menghampakan apabila perkhidmatan mereka diperlukan. Yang penting kena sediakan wang besar, wang besar, wang besar ... one call does it all...

2 comments:

  1. Sis boleh bagi num tel tukang paip & wiring tak? Hehe. Susah skrg nak cari yg bagus. :)

    ReplyDelete