Monday, May 14, 2012

Happy Emak's Day

Semalam Hari Ibu....so, untuk semua ibu-ibu seluruh dunia, "Selamat Hari Ibu".
Memang betul, bukan sehari tuh jer hari Ibu, tetapi setiap saat, setiap waktu n setiap hari, kita raikan Hari Ibu. Tapi apa salahnyakan, dalam banyak2 hari tuh, ada satu hari istimewa yang lain daripada yang lain untuk raikan Ibu. Yang penting niat ataupun nawaitu, bukannya nak meniru2 budaya barat memperingati "Mother Mary", tidak sesekali, malah tidak terlintaslah di dalam sanubari ini. Niat satu saja, mahu sanjung ibu sendiri, rasanya tak salahlah. Bapapun penting tapi Ibu sentiasa didahulukan. Saat suka dan duka, Ibu jugak yg dicari utk dipeluk cium. Bukan itu saja, dalam bentuk ucapanpun, Ibu masih didahulukan, contohnya, Ibubapa yg dihormati....Itu belum lagi dlm bentuk words - Ibu negara, Ibu pejabat, ibu jari, ibu sawat, ibu kunyit etc etc...Itulah kedudukan Ibu, sayangilah Ibu selagi hayatnya masih ada...ingat tuh Soraya, Alea n to myself too...
 

No comments:

Post a Comment