I selalu cakap kat maid I, "Kakak sayang sangat kat rumah kakak nih. Walaupun tak semewah mana, walaupun tak sebesar mana, walaupun tak secantik mana, walaupun tiada perhiasan mewah, tetapi kakak rasa tenang dan damai sangat bila ada dalam rumah nih". Memang rasa tenang2 sangat and I boleh spend my days kat dalam bilik dengan aman damai. Seriously, walaupun I tahu ada yang "menghantar" barang kat rumah I serta ada "CCTV" ghaib dok peratikan kami sekeluarga tetapi insyallah, dengan izin Allah "kun fa ya kun", itu sedikit tidak menjadi kudih untuk kami. Paling penting, percaya kepada Allah nan Satu, sembahyang dan doa jangan tinggal, setiap kali masuk dan keluar rumah. Alhamdullilah, hidup I memang tenang (you can feel itlah), makan memang berselera dan rasanya tidak pernahlah tak cukup tidur (terlebih tidor adalah) serta rezeki yang berlimpah ruah dan tak semestinya wang ringgit. Itu sebabnya, I pesan jugak kat maid I, "Setiap kali, Dewi abih sembahyang, doakanlah juga untuk kesejahteraan rumah ini". Rumah itu ibarat syurga ...home sweet home....
"Orang yang pemaaf itu selalunya mudah tidur, boleh makan apa sahaja dengan berselera dan tinggal di mana sahaja bagaikan istana. Justeru itu, jika sukar tidur pada waktu malam, asyik mengeluh tidak berselera dan suka merungut tentang rumah yang kecil, mungkin disebabkan oleh sikap kita yang sukar memaafkan. Memaafkan orang lain beerti memaafkan diri sendiri"- Ustaz Pahrol Mohamad Juoi
No comments:
Post a Comment