A full-time working mummy who have to juggle between work and family. Married and blessed with two beautiful princesses. Believes in a philosophy "Life is not complex...we are complex. Life is simple and the simple thing is the right thing".
Thursday, October 29, 2009
Mamee nak "alohkebar"?
I, kalau shift kul 2 petang, selalunya I akan Isyak terus kat ofis, senang, balik jer ... salin baju, basuh muka, lepas tu terus terbongkang atas katil ngan dia tapi kalau shift biasa, abih kul 9 pm, I balik sembahyang kat rumah jer. Cakap pasal sembahyang ni, kat ofis I terkenal ngan sembahyang "two in one". Maknanya, kalau sembahyang Zohor tu dekat2 nak masuk waktu Asar, atau Asar dekat2 nak masuk Maghrib atau Maghrib dekat2 nak masuk waktu Isyak ... sebabnya lepas abih sembahyang satu tu, duduk kejap, tunggu bang dan lepas tu boleh terus sembahyang waktu yang seterusnya. I selalunya "two in one" Asar ngan Maghrib, Zohor sempat kat rumah ataupun I buat awal kat surau. Jangan tak tahu ngko, ramai "geng" ngan akak ni rupanya. Bulan posa, akak baik sikit, boleh pulak tu Asar awal sebabnya Maghrib dah nak bukak posa, tapi "two in one" Maghrib ngan Isyak pulak ... sama jer "wat hasil balik asal".
Cakap pasal bab2 sembahyang/amal ibadat ni, terus terang I memangpun kenkadang cukup, kenkadang tak cukup lima waktu dan itu sebabnya I tak berani nak sembarangan tegur orang "ko tak sembahyang ke, apsal tak sembahyang bla....bla....bla". Itu hak peribadi masing2 dan kita tak patut campur. I pernah tengok ada yang tak puasa sepanjang bulan Ramadhan, "selamba dog jer makan", alasannya gastrik dan takda sapapun menegur so "who am I to tegur-teguringkan". Memang sepatutnya ditegur sebabnya kalau tidak kita disifatkan bersubahat. Terfikir jugak kat benak kepala I ni, kalau tak cuba posa sampai matipun takkan berposa kann...kannn...kann ... senang jer, alasan gastrik.
Oklah, buat apa nak sesakkan kepala fikir dosa orang, dosa sendiripun tak tentu lagi, yang pentingnya I terapkan nilai2 "alohkebar" kat anak2 dara I. Moden2 jugak tetapi amal ibadatpun perlu diutamakan. Yang anak dara I, si Soraya pulak, bila agaknya nak naik Quran, Ikraq tak abih2 lagi ni. Kalaulah rumah Selayang tu dekat and I jenis kerja 9-5, tetiap hari, I hantar jer si Soraya ngaji ngan mak I, rasanya dalam setahun dah qatam Quran, bertambah jugak pendapatan mak I kan...
Seboleh2nya I nak Soraya abih Quran sebelum dia naik menengah, tapi rasanya tak tercapai cita2ku itu ....
Selamat UlangTahun Sayang
" Hadiah?? Bagitahu aje, jangan malu2, nanti saya belikan, no hal one".
Last year tak salah I belikan hubby beg golf, tahun ni tak tahu lagi. I lebih suka belikan hubby something yang dia boleh guna atau pakai tetiap hari dan bukannya untuk simpan dalam lemari.
Anyway, last but not least, "Saya nak ucapkan Happy Birthday kat awak, one year older, one year wiser. Terima kasih sekali lagi dan yang tidak terhingga kerana selama ini telah menjaga dan memberikan saya dan anak2 segala kemewahan yang ada hari ini. Budi baik awak takkan saya lupakan sampai akhir hayat saya". Cuma satu sahaja lagi, seperti yang awak pernah cakap kat saya, "manusia berpegang pada janji" dan saya harap "berpeganglah awak pada janji2 itu".
Tetiba teringat I pada lagu Imran Ajmain ,"SELAMAT ULANG TAHUN SAYANG"...
Tuesday, October 27, 2009
Kalung Rafflesia RM15,000 menanti
Oklah, this coming Sunday, is our grand finale untuk bowling ofis I. We all buat kat Sunway Pyramid. Among the prizes, tiga kalung mutiara Rafflesia bernilai RM15,000 and cash almost RM8,000, yang lelainnya pulak microwave, slow cooker, kettle, thermal pot, voucher petrol, hampers and rugby t-shirts.
Tak tahulah, tahun ni, saingan terlalu sengit, ramai yang "so the very terrer merrer", so peluang I untuk dapat "top three" memang tipis sekali. Tapi, mana tahukan, rezeki kat tangan Allah, kot2 I dapat power extra, tetiba jer "tangan keramat" I ni boleh berbowl dengan cemerlang, terbilang, gemilang gitew ... ambik kau....
Monday, October 26, 2009
Perlukah diwar2kan?
"Well, rezeki orang. Lagipun mak bapak mana yang tak kembang kuncup hidung kalau dapat menantu kaya raya, tambah2 kalau menantu dok angkut jugak pegi overseas, travelling first class, driving balik kampungpun tayang kereta besar2 ".
Sebenarnya, masa si pakcik ni mengwar2kan "kekayaan anak menantunya" itu, I tak dengarpun, adik I kebetulan gi kenduri kahwin anak bongsu pakcik ni yang bercerita kat I and masa I gi lunch kat rumah cousin I, diapun cakap benda yang serupa. Makna, betullah tu. Kalau I ada masa tu, sure I "layanz" jer pakcik tu, pujilah apa yang patut, seronok tengok orang dok "kembang kuncup kembang kuncup" ni.
Pada I, simple jer, terpulang. Nak bagitahu boleh, taknak bagitahupun ok. Kalau bagitahu, kita yang mendengar nipun "tumpang happy" jerlah, nak tumpang harta takleh, harta orang, buat apa kita pulak yang nak menyebokkan. Tapi selalunya, orang yang banyak duit ni, orang keliling jaga beb .... jaga sungguh2 gitu. Tapi sebenarnya apa nak herankan, kaya ker miskin, yang penting "hati di dalam senang" sebab kalau banyak duitpun "hati tak senang, tak guna jugak".
Bak kata cousin I, kalau dulu, zaman dia kerja kat Hilton Hotel dulu memanglah "ternganga mulut sampai masuk lalat" dengar betapa canggih dan kaya raya orang tapi sekarang ni dah takda apapun, dah biasa, ramai sangat yang dah kaya raya. Orang sekarang ni, umur tak sampai 30 tahunpun dah dapat title "Datuk", so, takda benda yang nak dibanggakan. Pada I, tak yah "kaya raya" sangat, cukuplah sekadar hidup senang anak beranak, duit tak putus dan takda orang kacau "periuk nasi kita", itupun dah lebih daripada bersyukur. Taknaklah hidup merempat sampai minta belas ihsan orang ... nauzubillah . Pada I duit dan kebahagian, sama pentingnya, kalau boleh memang I taknak hidup susah.
Cerita pasal kaya raya, adalah "makhluk sekoq" ni yang begitu bongkak dan sombong berkata, "Kalau nak rumah ni ambiklah, I tak kisah duduk rumah fletpun". "Yerlah tu, I nak tengok, kata2 tu umpama doa, sekarang tengah senang menyombonglah, Allah tu maha kaya, kalau nak tunjuk sekelip mata jer boleh jadi".
Saturday, October 24, 2009
"Tok mummy" lagi vogue
Well, talking about cucu, I memanglah lambat lagi, mungkin 10-15 tahun, kena tunggu. Sorayapun baru umur 9 tahun, si adek 3 tahun. Kalau dipanjangkan umur memandangkan sekarang nipun I dah masuk "40 carats" dan mana tahu I dapat tengok cucu2 I, I would like my "cucus" to call me "Tok Mummy". Ingat tu "T.O.K M.U.M.M.Y" .....
Friday, October 23, 2009
BEN-10 is coming to town!
If you're a fan of cartoon show "Ben-10" (that's include my little darling, Alea), keep Nov 27-29 free as an all-new live action stage show based on the adventures of the alien-morphing boy hero is coming to town.To be held at the Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Center, Cartoon Network "Live on Stage! Power of the Omnitrixs" will combine the best of "Ben-10 and Ben-10 Alien Force" in the adrenaline-pumping 90-minutes theatrical extravaganza.
Avid fans will be catapulted into the electricfying world of "Ben-10" as cool skateboarding stunts, thrillings acrobactics, jaw-dropping action scenes combines with dazzling multimedia effects will take you on an incredible adventure.
"Power of the Omintrix" will feature an international cast of 14 dynamic characters including Ben and his cousin Gwen Tennyson, Kevin Levin and Grandpa Max.
Making their global debut live on stage are Rocks and Squidstrictor - two new alien superheroes from "Ben-10 Alien Force". Both will join popular superheroes Four Arms, Wildmutt and Heatblast and menacing villains Vilgax and the HighBreed Commander.
So, for those yang interested, jangan lepaskan peluang ini ...
Wednesday, October 21, 2009
Fesyen ala2 "Jinjang Joe"
Kalau nak comparelah, I rasa pakaian staff kat tempat I ni lagi cantik walaupun kenkadang nampak tak "sesuwei langsung". Kerani2 kat sinipun, part penampilan jaga abih beb. So, janganlah rasa rendah diri kalau tetiba ada mana2 mulut laser tercakap, "teruknya dressing kau", sebabnya "selebriti2 mat salleh yang rasa dirinya glamour abihpun, dressing dorangpun lebih kurang jinjang joe jugak tapi disebabkan dorang tu "omputeh", kitapun ternganga jerlah tengok".
Monday, October 19, 2009
Macam "Ah-So" jer
"Aha ... yerlah, macam Ah-So jer tapi umur muda lagi, banyak mudanya daripada aku ngan ko".
"Nampak tualah pulak, aduh, sayangnya tak jaga, hubby punyalah hensem, macho lagi pulak tu ".
Ceritanya macam ni, hari tu, we all gi Hari Rayanyer "open house", biasalah, sambil makan sambil dok "anyam ketupat". Awal2 lagi, I dah pesan kat kawan ni suruh "control gelak" sebabnya dia ketawa macam "pontianak mengilai". We all duduk kat satu korner, senang sikit nak tengok orang ... ada yang mekap macam tepung gomak, foundation sekati lagi ... dari jauh dah nampak muka yang putih melepak. Ada yang dressing bagai nak rak, ada yang simple jer macam kitorang, t-shirt ngan jeans jer ... senang sebabnya lepas tu bolehlah lepak mana2.
Berbalik pada si "Ah-So" tadi, sayangkan, I lah kalau penat macam manapun layan tetamu, penampilan tetap kena jaga. Sekurang2nya, lipstik mesti ada so taklah nampak pucat sangat tambah2 bila nak bergambar. Masa "open house" macam nilah, semua sibuk nak bergambar sakan, nak "berliuk lentuk macam pompuan gedik" boleh, nak "macam mak datin" boleh, "nak biasa2"pun boleh. Sebabnya, masa nak bergambar kita memang tak kisah sangat, pantang ada pegang kamera, asyik nak "enterframe" jer tapi bila gambar dah siap barulah kita perasan "teruknya muka aku" dan jadilah "macam muka Ah-So" sekoq ni. Si "Ah-So" ni bila berborak ngan dia, memang taknak kalah langsung. Semuanya branded2, beli baju kat butik konon cerita tapi again masa we all attend wedding kawan lepak2 I yang kahwin ngan mat salleh hari tu, we all tengok idaklah "vogue" manapun, perasan jer yang lebih, cakap jer yang meninggi. Orang tua2 cakap "orang yang takda tu yang selalu yang lebih2 dan suka menunjuk2". Kesiankan kat spesies yang macam ni ... tapi nak buat camner, kan lebih baik kalau kita merendah diri sahaja, tak rugi dan orangpun taklah mengata .....
Bila kawan I gelar si pompuan ni "Ah-So", tetiba jer I teringat pada seseorang ... sapa yekkk ...
Thursday, October 15, 2009
Hari malas sedunia (part 2)
Tapi, memang malasss yang amat sangat hari ini. Bukan sok khabar jer I malas nak baca, nak skodeng2 blog kenkawan lainpun "takda mood" . Facebook? Akak ni manalah ada Facebook. Nak tunggu balik, lambat lagi sebab keje masuk kul 2 petang, paling lewatpun 10.00 mlm, itupun kalau takda story masuk. Sekarang ni, memanglah story tak berapa banyak sebab fokus lebih kat Perhimpunan Umno yang sedang berlangsung hari ini dan esok, so "economy story"pun kurenglah. Harap2 malam nipun takdalah, bolehlah I cabut cepat. Ni anak mata I ni, dah terbayang tilam empuk .... bestnya, kalau dapat pasang aircond, ceiling fan full blast, tarik comforter terus tidor dan mimpi yang indah. Yang paling teruja, esok pulak I tak keje, so macam biasa, lepas hantar Soraya, balik boleh sambung tidor.
Dan dengan ini, sekali lagi untuk kali keduanya untuk tahun ini, I nak isytiharkan hari ini sebagai "Hari Malas Sedunia".
Wednesday, October 14, 2009
Old habits die hard (part 2)
Sama juga "dari" dan "daripada".
"Dari" digunakan untuk arah, tempat dan masa. Contohnya: Alea datang dari Perak; Dari pagi sampai malam, mummy dok menunggu Soraya balik; Mummy bekerja dari pukul 2 tengah hari hingga 8 malam.
"Daripada" pulak digunakan untuk nama, perbandingan dan asal kejadian. Contohnya; Soraya menerima sepucuk surat daripada Alea; Rumah Soraya lebih besar daripada rumah Alea: Baju Alea diperbuat daripada kain linen mahal yang dibeli Soraya.
Itu bab file kursus, kenkadang, kalau I tengah drivingpun, mata I ni suka melilau tengok papan iklan, papan tanda dan sebagainya. Ada jer yang I nak komplen dan perbetulkan. I pun bukannya pandai sangat bila sampai bab2 "nouns" ker "verbs" tapi kalau memang dah tak betul dan terbentang kat depan mata, aduuuuh sakit mata weiii....kalau you all semua perasan, banyak silapnyer.
Tuesday, October 13, 2009
"Aww man", Alea's latest fav words
Cakap pasal anak2 dara I, apabila dikaji, diteliti dan ditengok dengan sepuas2nya dan dengan penuh jiwa dan raga, memang masih tiada tandingannya ... memang begitu jauh bezanya bagaikan langit dengan bumi. Amin ....
Monday, October 12, 2009
Old habits die hard (part 1)
"Dah biasa, itulah selalu terlupa. Jangan adik you terjaga dah. Adik you tu telinga lintah, semuanya dia dengar. Cuba lain kali ingat, jangan dok tutup pintu tu kuat2. Boleh roboh satu rumah ni,".
Tiap2 pagi masa nak hantar si Soraya gi sekolah, selalu "without fail" , I dok peringatkan si kakak ni suruh tutup pintu depan pelan2, tapi asyik lupa jer. Dah jadi habit, sebati dah dalam diri, itu yang lupa tu. Bukan apa, bila dah tutup sampai nak roboh rumah, si adik yang tengah tido tu boleh terjaga. Si kechik tu kalau jaga "subuh2 sepi"e" macam ni, susah balik nak tidor, nanti dok mengacau si Dewi nak buat kerja. Sebenarnya, dua2 beradikpun serupa, kalau tutup pintu, tak kiralah pintu apa, pintu bilik ke, pintu kereta ker, aduhhh ... satu TR1/1 ni boleh dengar. Kenkadang memang tak faham I dibuatnya. Dah banyak kali I cakap kat anak2 dara I, "Boleh tak kalau nak tutup pintu, tutup ngan sopan santun. Mummy ni bukannya tokeh pintu, kalau mummy tokeh pintu, takpalah jugak, tiap2 bulan mummy boleh ganti baru. Pernah tak dengar mummy hempas pintu bilik mummy". Yang herannya, si Soraya kalau masuk bilik I, pandai pulak dia tutup pintu ngan lemah gemelai tapi kalau pintu bilik sendiri, boleh tercabut pintu bilik tu dibuatnya. Si kechik Alea pulak, memanglah, tak faham bahasa lagi, selagi boleh dihempasnya pintu tu kalau I suruh tutup pintu bilik. I kenkadang hangin jugak dok dengar "gedegang ... gedegung ... gedegang ... gedegung", bunyi pintu ditutup tetapi sabar jerlah. Sah dan sahihlah, memang dorang ingat mummy dorang ni dok kerja cop duit belakang rumah. Itulah orang putih cakap, "old habits die hard ". Habits that you have a long time are hard to break. In other words, it is difficult to stop doing something that you have been doing habitually for a long period of time.
Mission accomplished
Hampir separuh hari jugak, kitorang berkemas, itupun baru setengah complete. Boleh patah pinggang dibuatnya, dok mengangkut segala kotak yang ada. Tambah semak lagi bila ada si kechik Alea dok tolong sama. Bukannya menolong, menyusahkan aje. Biasalah dia, bila nampak toys jer, mulalah dia jadi "over excited". Kita dah kemas, dia punggah balik, kita kemas, dia punggah balik ... "tolonglah dek oii, jangan dok sepah2, penat mummy ngan kak Dewi". Tugas I banyak kat ruang luar, pilih apa yang patut, separatekan yang mana I rasa nak guna dan yang yang mana rasa tak boleh guna. Senang sikit, kalau nak angkat balik ke dalam stor, dah tahu dah yang mana satu. Dewi pulak kat bahagian dalam stor, tukang susun barang, siap pasang kipas lagi dalam stor tu ... bukan apa "panas dan berkuwap" gitu. Bila dah susun balik, rupa2nya banyak jugak barang yang I boleh postkan kat Selayang. Nasib baik rumah mak I besar, banyak ruang boleh diisi. Bukan apa, sayang nak buang, sebab ada yang boleh diguna, contohnya beg, VCD player, aquarium tapi ada gak beg2 yang masih baru yang I "nawaitu" nak bagi kat orang yang selalu kutip sampah kat rumah I ... kesian kat dorang dan orang2 macam nilah yang pandai appreciate apa yang kita bagi. Kertas, buku2 lama memanglah, rasanya tak larat dorang nak recycle balik.
So, sekarang ni, rumah I dah tak nampak semak lagi. Kotak kat bawah tangga atas, I dah transfer ke stor, tinggal "kerusi urut Osim yang bagak" ngan TV jer kat ruang atas tu. Begitu "saujana mata memandang" dan bilik Dewipun dah tambah selesa sebab semua harta karun dah boleh disimpan kat stor. Kalau mak I nak tumpang sembahyang kat bilik Dewipun (kalau dia datang rumah), "no problem one". Memandangkan stor tu dah agak kosong, soalannya sekarang, adakah ia boleh kosong untuk jangka waktu yang panjang? Harap2 begitulah hendaknya .......
Friday, October 9, 2009
Konek ker Connect (kenekt)?
Koleksi kad shopping
Thursday, October 8, 2009
I dah ada Jusco Card
Lepas dah dapat comforter, I pun intai2lah bahagian pinggan mangkuk. Teringin sangat nak beli set baru ... tak dapat "Noritake" yang satu set dekat nak RM2 ribu tu. dapat set "Arcopal"pun jadilah. Okay I dah aim satu, tunggu bulan depanlah ... yang set Noritake tu, ambil bau jerlah. Intai juga kat "Queens Anne", waduh reganya boleh tahan gitu, rasa2nya masa I beli dulu, idaklah "mehe" sangat harganya gitu. Dah abih cuci mata, I pun gi kat adik cashier and si adik cashier nilah yang beriya2 suruh I apply Jusco Card tu. "Kak, gilah apply, sayang kalau tak apply". "Takpalah, akak malas nak tunggu lama nanti". "Alah kak, kejap jer, tak sampai 10 minit, orang takda tu. Bila akak dah dapat, akak datang kat saya, saya input points yang akak dapat .... pegilah kak". "Ok ... Ok". Memangpun, tak sampai 10 menit, dah settle dan untuk hari ni jer I dah dapat 1000 points. Rugi woiiiii ... kalau I tahu dari dulu lagi I dah apply. Silap2 I dah kumpul kipas angin, iron, toaster, microwave, rice cooker dan macam2 lagi dengan points yang I dah accumulate tu kan ......
Wednesday, October 7, 2009
My blog, my diary
"Entahlah, aku pun tak tahu dan aku pun tak angkat pot. Kalau ada orang nak baca, tersinggah ker, terskodeng ker ... bacalah, aku pun tak kisah. Nak baca silakan, taknak bacapun, tak jadik kudih kat aku. Kalau nak kutukpun kutuklah, memang aku tak kisah ... tetapi selalunya orang yang rasa diri dia yang teramat pandailah yang suka mengkondem orang lain".
Memangpun, dari awal lagi masa I nak mula berblogging, "nawaitu" I satu jer, blog I ni saja untuk suka2, tempat I bercerita tentang anak2 dara I, kenkawan, officemates, aktiviti I serta kaum keluarga dan adik beradik I through my daily observation (nothing to do with hubby's family, I repeat: NOTHING AT ALL). Macam diarilah. Pendek kata "for my eyes only". Bukan apa, satu hari nanti, manalah tahu si Soraya dan Alea boleh baca. At least both of them tahulah seribu macam perangai memasing yang sentiasa memening, menyakitkan hati dan tidak kurang pula ada sesetengah itu yang amat menghappykan dan membanggakan mummy ni. "So, kakak dan adek, kalau baca nanti, janganlah kecil hati ngan mummy sebab tetiap hari mummy dok mengupdatekan kelaku you all . Sekurang2nya kakak dan adek tahulah perangai memasing masa kechik2 ok". Seriously, blog I ni banyak cerita pasal kerenah anak2 dara I dan itu sebabnya "go to hell" lah to those people yang mungkin ada cakap, "macam dia sorang jerlah yang ada anak".
Kadang2 I pun tak faham, apsal ada yang suka kondem blog orang lain, dengan kata lain "not up to their standard" lah kunun. Pirahhh .... nak termuntah taik I dengar, macamlah awak tu bagus sangat. Gasak kat tuan punya bloglah, dia punya suka, dia punya style yang "ko dok terasa hati tu sapa suruh". Itulah back to my prinsip, "kalau tak suka jangan baca and pada I, orang2 yang macam ni, dorang punya fikiran masih lagi sempit walaupun dengan gahnya mengatakan dialah yang teramat pandai sekali". Ada few blogs yang I suka skodeng. I suka bahasa yang these bloggers gunakan dan apparently I pun kenal ngan blogger2 ni. I suka baca blog yang bersifat family ... yang cerita pasal family, anak2, gaya hidup dorang, tak kiralah dorang nak boast ker, nak memuji melangit ker, nak menunjuk2 segala kemewahan yang ada ker, kasih sayang menggunung mereka ker, sikit I tak kisah, "What the heck man ... lagi I suka sebab at least kita tahu orang Melayu sekarang ni dah kaya raya, kita tumpang seronok jer". Alahhh ... lagipun "don't take it seriously, just enjoy the reading baru ada fun".
Blog selebritipun I skodeng gak tapi I try to avoid satu blog selebriti tu sebab bahasanya "tak tercapai oleh akalku yang waras ini".
Tuesday, October 6, 2009
Kelas ke ikhlas?
"Abih, ko ingat aku dok sembahyang dan doa tu, tak ikhlas ke. Saja buat suka2. Aku nak tanya ko balik, selama ni yang ko sembahyang tu ... ikhlas ker kelas, kerana tanggungjawab ker atau saja nak tunjuk kat orang yang ko sembahyang tak tinggal". Sorrylah, kenkadang I bengang jugak ngan kawan I sorang ni. Ada sesetengah orang tu bila dia rasa dia alim sesangat, mulalah ingat apa yang orang lain buat tu tak betul, dia sorang jer yang betul dan dia sorang jer yang berkeperibadian tinggi dan disayangi ALLAH kununnya lah.
Perlu diingatkan, ikhlas ker kelas ker terpulang kepada individu itu sendiri. Cuma Allah dan individu tu sendiri yang boleh bagi jawapannya. So, janganlah persoalkan dan canang kat orang lain sama ada orang itu ikhlas ataupun setakat kelas jerr .... cermin diri tu sendiri terlebih dahulu ....
Better late than never
Berbalik pada perubahan Soraya tadi , sekarang ni gi mana2pun dah start inform I. Tak kisahlah dekat ker, jauh ker, yang penting bagitahu I dulu sebab I memang bukannya jenis yang suka "skodeng" 24 hours calling2 dia. No, that is not my style, sekarang lah tapi esok2 bila dah besar panjang, dah pandai keluar ngan kenkawan "sewaktu" ngannyer, barulah I kena start risau, start "menyekodeng" and "calling2", saja nak tahu kat mana port dia. Weiii ... anak dara beb, orang2 tua cakap, "lembu sekandang boleh jaga, anak dara sorang oiiii... susah yang amat sangat beb, tambah2 anak dara zaman cyber".
Monday, October 5, 2009
Welcome to the club
Dah abih makan tu, I pun usunglah pinggan kat dapor. "Eh, anak sapa yang maha lasak sangat tu, sorrylah, geram aku tengok, mak bapak dia langsung tak tegur pulak tu". "Anak cousin aku, bukan hari ni jer, tetiap hari ada kat rumah aku, susahlah Lin nak tegur, tak tegur salah, tegur lagi salah. Rumah sendiri ada, tapi suka sangat bertandang kat rumah aku, rumah sendiri takut sepah kot, biar rosak rumah orang. Hari tu, kakak dia sendiri dah warning kat dia toksah datang rumah lagi, takut collection pinggan mangkuk dia dari London pecah dikerjakan anak pompuan tulah". Sambil dok cari pinggan baru nak isi juadah lain, I pun tersengih kambing kat kawan I ni, "Well, welcome to the club". Rasanya diapun faham and we all sama2 gelak ... "dah nasib ko lah labu oiii...."
Thursday, October 1, 2009
"Sorry mummy"..."Ok, apology accepted"
So, sekarang ni I tak bagi chance langsung, kalau benda dia buat tak elok, cakap meninggi suara sikit dengan sapa2pun, siaplah memang "wajib makronah" I akan marah dia, "no lapik-lapik" lagi and "no jaga-jaga hati" lagi. Silap I sendirilah, manjakan sangat anak, apa yang dia nak, kita bagi, apa yang dia mintak, kita belikan ... tu belum lagi nak tukar sekolah, itulah, inilah ...yerlah, sapa yang tak sayangkan anak tapi biarlah berpada2. I tahu Soraya jenis orang yang dengar kata, tambah dia masih terlalu muda lagi, senang nak lentur. Bak kata orang "di luar jer nampak keras tapi hati dia lembut". I marah macam mana sekali pun, bak kata my mak, "bebudak ni, dia tahu mak dia sendiri, marahlah camnerpun, sayang dia tak berubah punya, sok2 dia datang balik kat kita". So dah sampai masanya I kena bertindak tegas, buat donno jer apa orang nak cakap sebab apa2pun tu anak kita, pada I "better late than never - is better to do something late than to never do it at all".
Pada Soraya, "kalau mummy dok membebel kat you tu tak semestinya mummy tak sayang you ...mummy sayang kedua2 you ngan adek lebih dari diri mummy sendiri".