Monday, October 19, 2009

Macam "Ah-So" jer

"Lin, aku tengok dia macam Ah-So jer, mana "vogue"nyer, kalau cakap taknak kalah langsung?".
"Aha ... yerlah, macam Ah-So jer tapi umur muda lagi, banyak mudanya daripada aku ngan ko".
"Nampak tualah pulak, aduh, sayangnya tak jaga, hubby punyalah hensem, macho lagi pulak tu ".

Ceritanya macam ni, hari tu, we all gi Hari Rayanyer "open house", biasalah, sambil makan sambil dok "anyam ketupat". Awal2 lagi, I dah pesan kat kawan ni suruh "control gelak" sebabnya dia ketawa macam "pontianak mengilai". We all duduk kat satu korner, senang sikit nak tengok orang ... ada yang mekap macam tepung gomak, foundation sekati lagi ... dari jauh dah nampak muka yang putih melepak. Ada yang dressing bagai nak rak, ada yang simple jer macam kitorang, t-shirt ngan jeans jer ... senang sebabnya lepas tu bolehlah lepak mana2.

Berbalik pada si "Ah-So" tadi, sayangkan, I lah kalau penat macam manapun layan tetamu, penampilan tetap kena jaga. Sekurang2nya, lipstik mesti ada so taklah nampak pucat sangat tambah2 bila nak bergambar. Masa "open house" macam nilah, semua sibuk nak bergambar sakan, nak "berliuk lentuk macam pompuan gedik" boleh, nak "macam mak datin" boleh, "nak biasa2"pun boleh. Sebabnya, masa nak bergambar kita memang tak kisah sangat, pantang ada pegang kamera, asyik nak "enterframe" jer tapi bila gambar dah siap barulah kita perasan "teruknya muka aku" dan jadilah "macam muka Ah-So" sekoq ni. Si "Ah-So" ni bila berborak ngan dia, memang taknak kalah langsung. Semuanya branded2, beli baju kat butik konon cerita tapi again masa we all attend wedding kawan lepak2 I yang kahwin ngan mat salleh hari tu, we all tengok idaklah "vogue" manapun, perasan jer yang lebih, cakap jer yang meninggi. Orang tua2 cakap "orang yang takda tu yang selalu yang lebih2 dan suka menunjuk2". Kesiankan kat spesies yang macam ni ... tapi nak buat camner, kan lebih baik kalau kita merendah diri sahaja, tak rugi dan orangpun taklah mengata .....

Bila kawan I gelar si pompuan ni "Ah-So", tetiba jer I teringat pada seseorang ... sapa yekkk ...

No comments:

Post a Comment