Wednesday, January 6, 2010

Azam dan harapan 2010 (pt 1)

Pejam celik, pejam celik, sedar-sedar dalam beberapa hari lagi, bertambahlah usia I setahun lagi. Waduuuhhh ... umur kian meningkat tapi hati dan diri I ni sentiasa rasa muda belia, bilalah gamaknya nak insaf ni. Bak kata kawan I, "age is just a number" jer. Tahun ni, 2010, I ada banyak azam dan harapan. Azam tu rasa2nya boleh tercapai tapi tang harapan tu, mungkin 50:50 kot ataupun takut "harapan tinggal harapan" jer.

Oklah antara azam I tahun ni:

1. Mahu berjimat-cermat. Taknak boros dan berbelanja sakan. Beli bila rasa nak guna aje. Ada buat ada, takda buat macam takda tapi tak maulah sampai "meleleh ayaq liyoq". Kalau nak beli apa2pun, lebih pada anak2 dara I. Tapi macam mana nak jimat kalau beli baju anak2pun cari semua yang "branded"nyer. Itulah dah terbiasa but anyway for you mummy, "no more handbags, shoes or baju ... sekali sekala ok."

2. Seboleh2nya taknak langsung sentuh duit simpanan dalam tempoh dua tiga tahun ni. Lagipun, semua perbelanjaan ditanggung hubby, buat apa nak membazir2. Biar duit tu beranak pinak dulu. Bukan apa, simpanan tu bukannya untuk I tapi lebih kepada anak2 dara I. Bukannya banyak manapun tapi adalah jugak, setakat Kancil model lama second hand, beli timbang kati, bolehlah lepas tapi kalau Honda City 10 bijik boleh beli cash tu memanglah akak tak mampu langsung.

3. Tak nak ambik cuti banyak2 tahun ni. Nak kerja jer, nak jadi pekerja yang berdedikasi (konon, I sendiri nak termuntah dengar). Nak kumpul cuti masuk "goyang tangan emas", lagi 60 hari beb, banyak tuh. Nanti, kalau pencen (berbelas tahun lagi), dapat gaji 4 bulan bersih beb, sapa tak nakkan. Yerlah, kalau I fikir balik, nak gi bercutipun, nak gi mana yek, nak gi overseas kalu takut kena tahan kat imigresen ... "wa takut kena blacklisted walaupun sebenarnya takda kena mengena ngan wa, orang lain yang pinjam, belanja sakan, wa pulak tak pasal2 terkait sama". Kalau nak gi holidaypun, "cuti-cuti Malaysia" jer. I nak sewa hotel "five star" dua tiga hari, lepas tu berkubang jer dalam swimming pool ngan anak2. I pun dah ada swimming suit baru. Nak makan kalu, order room service. Ataupun, hotel tu mesti dekat dengan mana2 shopping kompleks, senang sikit nak cari makan. I repeat: "makan tau, bukan shopping". Cuti kat Malaysia murah jer, tak semahal pegi overseas kan ... kan.

4. Nak spend more time ngan anak2 I, si Soraya and Alea, especially time2 weekends. Week days I memang takda masanya, lainlah yang tak keje dok "terbongkang kat rumah". Seboleh2nya mana jer I pegi sekarang, I nak angkut si kakak sekali, no more "oklah, you tak nak pegi takpa" tapi la ni, "nak tak nak, you mesti pegi ikut mummy". Kena tegas dan jangan bagi muka sangat.

5. Nak tukar pakai minyak Petronas sebab kena abihkan extra voucer RM700 yang I dapat tuh. Expire bulan July, kalau tak guna sayang beb. Hari tuh dah pegi survey stesen mana yang ada jual minyak hijau. Kete I kena pakai minyak hijau or merah jer, kalau kuning, macam tak smooth jer, lagipun kawan I kata boleh rosak enjin.

6. Cool and relaxs tapi kalau kena attack takkan bagi chan lagi, semburkan apa yang patut. Dah tak dulik, alang2 "kita dah dalam black book", biar betul2 dalam "black book" depa. Tapi part orang nak kata ka, nak mengata ka ... awak buat donno jer. Kita just "tunggu dan lihat" tapi kali ni kalau I rasa I tak suka, I akan terus cakap "straight to the point" no more nak berlapik2 ker, nak jaga hati ker ... buang karan jer.

7. Extra sabar. Memang selama ni I dah banyak bersabar tapi tahap kesabaran tu I akan tambah lagi. Let's say ada lagi ujian Allah, bersabar dan berdoalah sahaja. Setiap ujian tu ada hikmahnya. By the way, tahun ni I takda kawan untuk mengadu "there and then" sebab dua2 kawan I ni dah berposting ke overseas, sorang ikut hubby dan sorang lagi kerana ditugaskan. Mungkin Allah nak kurangkan dosa I mengumpat kot ....

8. Paling fenting, cukupkan sembahyang lima waktu. Ni, subuh, selalu jer tergelincir. Part sembahyang "two in one" tu rasanya tak berani nak janji. Lagi satu nak pastikan Soraya abih quran sebelum dia masuk menengah.

9. Nak make sure I dapat project yang I sedang usahakan sekarang. Lama dah I dok fikir pasal ni tapi kena kerja keras sikitlah. Dahpun start calling2 tapi it takes time, bukan senang nak cari buyer. Untungnya walaupun kena bagi komisyen sikit sorang, tapi "the big chunck" will belong to me. Cukuplah untuk I anak beranak.

10. Pastikan I continue to makan supplement yang I dok makan sekarang. Memanglah "mehe" sikit tapi untuk kesihatan beb. I pun nak hidup lama jugak kalau diizinkan Allah. Lagi satu, pentingkan diri dan anak2 dahulu sebelum mementingkan orang lain. Susah senang kita sendiri yang tanggung, orang apa tahu .....

Note:

Ini baru part azam, part 2 will be my harapan untuk 2010 lah pulak. So jumpa kat Part 2 ....

No comments:

Post a Comment