Saturday, January 9, 2010

Azam dan harapan 2010 (pt 2) - update

Tahun ni, tahun 2010. I terlalu banyak "menaruh harapan" (sama ngan tajuk lagu fopular nyanyian Jeton Semeon). Entahlah, orang kata jangan terlalu berharap takut "harapan akan tinggal harapan sahaja". Camnerpun, kita sebagai manusia, cuma mengharap dan mendoakan sahaja, manalah tahu "harapan akan jadi kenyataan". Kuasa Allah sapa tahukan. Antara harapan I ialah:

1. Harapan paling menggunung, agar I diberikan kesihatan yang "ngetop", mental dan fizikal yang kuat serta emosi yang waras-sewarasnya. Selain daripada itu, dimurahkan dan diberkati rezeki dan dipermudahkan kehidupan dunia dan akhirat. Diberikan juga kebahagian yang berlipat ganda kepada I, anak2 dan keluarga. Diharapkan juga perjalanan kami sentiasanya mudah.

2. Mahukan tahun 201o ini sebagai tahun permulaan kepada kehidupan yang lebih "privacy" dan "selesa", maknanya kehidupan secara total dengan anak2 dengan dilingkungi oleh keluarga sendiri. Taknak lagi rasa rimas, mahu rasa tenang-setenang2nya, "sedangkan pantai lagikan berubah, ini kan lagi kehidupan harian kita kan", dulu lain, sekarang sudah lain.

3. Sudah terlalu kerap mendengar ulangan "statement" yang sama setiap kali bersemuka, dok gak tunggu bilalah "statement itu akan jadi realiti", buat masa ini, tak nampak apa2pun lagi. Masih lagi menaruh harapan gitu. Rasanya takdalah kot, tapi yang fentingnya, "statement" tu bukannya keluar dari mulut I. Bila dah selalu "dinyanyikan" statement ni, ada sekali tu pernah reschedule apa yang patut direschedulekan, tapi alih2 kita balik kena tempelak. Rasanya kalau dah bertahun2 tak bertegur sapa, eloklah ..... daripada menambah dosa. Kalau ikut hukum, "tak bercakap tiga haripun dah kira berdosa, inikan pula bertahun2".

4. Dari segi pekerjaan pula, I harap dapatlah naik gred "setakuk" lagi insyallah dengan penstrukturan semula, sekurang2nya bila pencen nanti, dapatlah banyak sikit pulangan untuk tampung anak2.

5. Tahun lepas, I ada buat few future investments untuk anak2. I buatkan savings dan upkan sikit premium insurance untuk anak2 dara I and all these done through potongan gaji. So, for the next two to three years, I punya financial a bit tight , jadi, I harap I dapat cope with the situation. Yerlah, selalu tengok slip gaji, angkanya besar, alih2 berkuranganlah sikit, rasa cuak juga. Tapi sebenarnya, duit tu tak ke mana, still ngan I tapi dekat channel lain. So, selain daripada azam untuk berjimat cermat, I juga harap walaupun dengan potongan saving ini, "keadaan masih seperti sediakala, seolah2 tiada kekuranganpun".

6. I juga harap sesapa yang berhutang ngan I tu, bawak2 bayar2lah balik hutang tu. Kalau tak dapat bayar banyak, bayar sikit2 dulupun tak apa, asalkan bayar. Harap2 orang yang berhutang tu janganlah "purak2 lupa" sebab I takkan pernah lupapun. In fact, I siap buat list lagi, siap ngan jumlah ngan tahun berhutang lagi. Lagi satu, kenkadang, orang yang berhutang tu bukannya takda duit, sakit hati tak, awak boleh enjoy sakan lagi, tapi "hutang taknak bayar".

7. Sesapa yang pernah berjanji bagai nak rak ngan I tu dulu, tunaikanlah janji2 tu kerana "manusia berpegang pada janji", dosa tau kalau tak tunaikan . Jenuhlah pulak I nak tuntut kat akhirat.

8. Kalau boleh I taknak dihantar assigment overseas tapi tak kisah kalau distationkan di dalam negara, tak kira berapa hari atau minggu. Bukan apa, kalau assignment kat overseas, susah sikit kalau apa2 jadi kat anak2, kalau kat dalam negara, anytime boleh packing balik. Buat masa ini, anak2 mesti didahulukan. Bukan apa, I dapat rasakan anytime sahaja "bos besar" akan hantar I gi assigment seberang laut. Dah penat dan tidak berminat lagi nak terbang "jauh-jauh".

9. Mintak2 Dewi akan terus kerja ngan I. Bukan senang nak dapat pembantu yang boleh menguruskan rumah dan anak2. Yerlah, I ni kan memang mengharapkan pembantu untuk jaga anak2, lainlah kalau I ni "terbongkang kat rumah" harapkan duit dari laki.

10. Sesapa yang dah ada I rumah sendiri tu, bawak2lah duduk rumah sendiri yek, takkan rumah tu nak buat perhiasan gajah putih pulak kot...

11. Harap I dapat buyer secepat mungkin. Terry cakap susah sikit dan kena ambil masa. Memang I masih sceptical tapi "tak semua manusia itu berfikiran sama ngan kita kan".

12. Harap I akan dapat terus bertahan dengan segala ujian. "Tak tahu apa yang menunggu kita kat depan sanun".

13. Sesapa yang menyekodeng blog I ni, harapan I, bacalah dengan "minda yang terbuka". Faham betul2 dan jangan cepat melatah or "jump to conclusions".

Oklah, inilah sahaja tuan2 dan puan2, antara harapan I untuk tahun ini. Segala harapan ini adalah kesinambungan kepada apa yang I harapkan pada tahun2 sebelumnya yang belum lagi terlunas. So, tahun ni, kita tengok "mana satu yang akan kena".

2 comments:

  1. Kakaje sorry skodeng blog kakaje tapi your blog is very interesting. Apa yang boleh i katakan TABAH dan SABAR.Jangan takut dengan kata-kata orang kerana orang takkan henti berkata sehingga apa yang mereka hajati tercapai so go for it kakaje be brave and strong.Achieve your goals. Stand up for your privacy.

    ReplyDelete