Tuesday, January 26, 2010

My dearest Soraya

Spending more time with Soraya, you got to know the "real side of her". But of course, the "chengeng" part and her "high pitching" still "maintenance". Frankly speaking, I memang jarang spend time with her. I jumpa dia waktu pagi jer masa hantar sekolah and bila I balik kerja, anak dara I ni "dah buat taik mata". Kenkadang, teringin jugak nak intai dia dalam bilik, tanya dah buat homework ke belum, tapi apakan daya "tak tercapai impianku itu". I selalu gak pesan kat anak dara sorang ni, "kalau you dengar mummy balik, you come to my room ok. Mummy taknak kacau you dalam bilik you". Weekend pulak, kenkadang pepagi lagi dah hilang bak kata my friend bila I ngadu kat dia, "anak kau gi tolong bukak shopping kompleks kot". Kenkadang I tanya jugak si Soraya, "kakak buat apa pagi2 kat MidValley tu, boleh pulak tu melongok kat sana, kalau duduk rumahkan bagus, boleh keluar ngan mummy, ngan adik, kita keluar anak beranak". Itu weekend, kalau school holiday, pegi holidaylah pulak, overseas lagi, cuti2 Malaysia "kadang2 .... jarang2". Geram jugak rasa di hati, kalau weekend I tak keje, ingat nak gak sekali sekala bawak dia gi jumpa nenek Selayang, alih-alih pepagi dah hilang, padahal dah cakap berkali2 semalamnya. "Abih, kolu lidah den nak berkato2, patutnya ..... entahlah, bebudak, manalah depa tahu". Rasanya dah bertawon2, mak Selayang I tak jumpa si anak dara sulung I ni.

For those yang tak kenal dia, memang ingat anak dara I ni jenis mengada2 dan "timing sikit". Memangpun, I kenkadang nak "lesing" jugak tapi "sabar beb .... tarik nafas panjang2 ... inhale ... exhale ... inhale ...exhale". Dah namapun bebudak memang perangai dorang macam tu tambah2 kalau ada pulak orang "ikut jer apa katanya" bertambah2lah "naik tocang". Mana tak "angin ribut taufan I naik kepala" kalau nak pegi makan, kena tengok tempat dulu, kalau kat warung ker, gerai ker ... tarik muka 14 , "muncung tu pulak boleh sangkut hanger" lagi. Yerlah, kita kenkadang nak juga rasa selera kat warung/gerai. I pun tahulah, takkan nak pegi makan kat kedai kotor, mestilah cari yang bersihnya sebab I pun spesis "pembersih". "Halllo Soraya, takkan nak gi makan kat hotel and restoran jer, belajar2lah makan kat tempat segini, bukan selalupun". Nak salahkan diapun tak boleh, dah "upbringing" dia cam gitu ... makan kat hotel/restoran semedang. Biasalah lifestyle "orang kayas2" gitu ... yer ker "kayas rayas" or "perasan kayas"??? I makan kat hotelpun kalau hubby bawak, kalau setakat I jer, bolehlah tapi bukan selalu gitu ...."boleh botak I dibuatnya". Maklumlah, I nikan selain spesis "pembersih", orang dah cop I spesis "kedekut". "Kodokutpun...kodokutlah beb, janji apa yang kita buat ikhlas bukan kelas."

Tapi sebenarnya, Soraya ni seorang yang independent, sensitive/soft (sebab bila tengok bab cerita sedih Hindustan, nangis dan poyo lagi), kreatif, simple, ambik berat dan sedaya upaya nak jaga hati semua pihak walaupun kenkadang dia sendiri confuse. Kalau dia sorang2, tinggal pulak ngan I, si kechik Alea and Dewi jer, she can do everything tanpa disuruh2. Contohnya dulu, homework tuition Maths, bila I tanya dah buat ker, dia jawab "all done", kalau praktis pianopun, tak payah I dok terlalak terlolong2, tetiba dengar jer kat bawah dia dok mengetuk piano dan sekali-sekala dia dok menjerit2 and I tahulah itu mesti kerja si Alea, dok mengacau. Pegi sekolahpun senang, tak ngada2 menangis, kira oklah. Sebabnya dia tahu I jenis tak bagi chan punya and I am "very the strict". Pernah sekali bila I dengar dia menangis mengada2 masa bangun nak gi sekolah, I cakap kat dia, "You nak nangis buat apa, takda sebab nak nangis, dah besar pun nak nangis, malu sikit kat adik, nak nangis sangat ... you pilih tali pinggang papa yang mana you nak kat belakang pintu bilik mummy tu, I buat you betul2 nangis". Sejak itulah, dia tahu kalau ngan I, "no nangis2 one". Pendek kata, bila ngan I, ikut rentak I, and well ... itulah budak, jangan terlalu dimanjakan sangat, jatuh ngada2. In fact, dia sendiri tahu, I bukan jenis bangun pagi, so kalau nak kuar weekendpun mesti time tengahari sebab terus gi lunch. "Sorry, the morry, naik lorry, mummy bukan jenis rewang shopping kompleks unless kalau nak cari barang or nak bawak adik ngan kakak memain. Kalau setakat nak melongok kat shopping kompleks, again, very the sorry". Lagi satu I notice, Soraya ni sebenarnya suka duduk melepak kat rumah macam I jugak. Dia lebih suka tengok TV, main game, blogging or berfacebook, lepas tu order pizza. Itulah Soraya yang sebenar2nya, senang dilentur kalau kena ngan gayanya.

No comments:

Post a Comment