Monday, January 25, 2010

Rewang ngan anak2

Sabtu and Ahad lepas, I abihkan masa ngan anak2. Bukan selalu beb, I boleh buat gitu, bak kata P.Ramlee "kadang2 ... jarang2". Sabtu memang tak gi mana2, lepak jer kat rumah sebab petangnya si anak dara besar I, Soraya, ada tuition and I kena hantar, petang dalam kul 6 pulak, kena ambik. "No, no, I'm not complaining malah I feel so proud gitu, boleh hantar, boleh ambik". Tahu ajelah, kerja I kan tak menentu. Macam biasalah bila hantar Soraya, si kechik, Alea "wajib makronah" mesti menempelnya. Alangkan pagipun si kechik ni boleh jadi "besi magnet", tetiba2 jer tercongok dalam kete bila nak hantar Soraya gi sekolah, ini pulak kalau petang, lagilah .... Lepas ambik jer Soraya, kitorang pun gi lepak jap kat Kopitiam kat situ sebab kakak nak pekena nasi lemak. Oklah tapi taklah sesedap manapun, regapun "boleh tahan mehenya". Balik, singgah pulak McDonalds Kota Damansara sebab si kechik pulak nak "mamam chicken". Betul tak I cakap kenkadang I ni mengalahkan "superwoman", sekejap ke sana, sekejap ke sini. Esok pulak, dah ada program memasing. Alea nak gi Kidzsports kat One Utama and lepas tu kakak pulak nak gi swimming. Me, no hal, "anak2 punya pasal, ke bulan bintangpun mummy sanggup tapi dengan syarat, Mummy dengar cakap you all, you all berduapun kena dengar cakap mummy".

Esoknya Ahad, biasalah I, my "rewang2" time selalu start tengahari. "Sorrylah, akak bukannya jenis bangun pagi, tambah2 hari minggu, akak tak pegang kunci shopping kompleks, jadi buat apa nak gi pepagi buta ke sana". Apa2pun sebelum keluar "rewang2" ngan anak2, I make sure dulu yang si Dewi dah abihkan semua kerja rumah. Bukan apa, I taknak nanti bila balik, kesian kat Dewi nanti kelam kelibut nak sambung buat kerja. I biasalah, kalau balik mestilah terbongkang atas katilnya ... penat melayan kerenah anak2. Sabtu and Ahad, biasanya, we all "gantung abih periuk belanga", no masak2. Oklah, I nak citer sikit pasal swimming ni, selalunya I bawak kakak and Alea gi swimming kat club jer, kalau tak Tropicana, we all gi KLGCC tapi semalam I bawak anak2 gi "The Club", Soraya yang sangat nak gi situ. Tempatnya "so-so" cuma crowded sikit sebab biasalah open to public, tambah2 semalam pulak ada dua birthday parties buat kat situ, lagilah "berkritam jer kepala orang dalam pool" tu. Masuk tempat ni, kalau ada "Onecard" tu dah kira privilege abih, kalau sesapa yang nak rasa ada club tu, kira2nya "The Club" ni boleh dijadikan clublah. So, kalau orang tanya, "You ada jadi member club mana2 tak", kita bolehlah jawab dengan vangga, "Yezzs, of course, ingat I sengkek sangat ker". "Yerlah, orang ada club, kitapun nak ngasalah ada club kan". Oklah, kita keep aside part crowded tu, tapi kelebihan pool kat sini berbanding dengan club2 yang selalu I bawak anak2 dara I swimming tu ialah pool untuk bebudak2 banyak disediakan permainan, ada sliding, ada bucket isi air, ada tempat panjat2, kiranya bebudakpun seronoklah main dan mandi. Makanan kat sinipun ok and cantonese yee mee dia "oh yummy, yummy I like". Well, kalau diberi pilihan, I still prefer pegi Tropicana or KLGCC. Tapi, I ada ker pilihan kalau anak2 yang buat decision ....

No comments:

Post a Comment