Tuesday, December 28, 2010

Untuk renungan bersama (akhir)

Bahagian akhir:

38. Tuhan memberi peluang kepada siapa sahaja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutamanya yang dari pekan tidak boleh.

39. Kita tidak usahlah selalu mengulang2 perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap mengenai kereta besar dan rumah besar. Sesiapapun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

40. Orang Melayu sebenarnya, kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.

41. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi manapun kejayaan yang dicapai.

42. Apa yang saya buat (kerja2 sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.

43. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tidak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis, sayapun mati dan apapun tak sempat saya buat.

44. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tiada ada segelas air, ada setengah gelaspun saya bersyukur.

45. Kalau kerana sedikit bantuan itu, mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdullilah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.

46. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka, kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.

47. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai kesenangan apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaannya. Saya kata kepada diri saya , apa yang saya dapat, saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.


p/s: Alhamdullilah, semoga Allah terus memberikan rezeki kepada hamba2Nya

No comments:

Post a Comment