Tuesday, December 28, 2010

Untuk renungan bersama (pt 3)

Sambungan dari pt 2:

27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam, bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi, walaupun sedikit, tetapi sedikit itu ada berkatnya.

28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu, orang lain boleh berkongsi bersama.

29. Saya kadang2 kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung, kita mungkin ada jiran2 yang perlukan bantuan.

30. ...... kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan, tetapi saya insaf, beristifar dan jalan lagi. Sejak awal, saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu, saya terpaksa bersusah sedikitpun tidak mengapa.

32. Kekayaan ini Tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok luas, orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.

33. Kita jangan cepat putus asa. Putus asas boleh tapi kena cepat2 kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

34. Lifestyle? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana sini. tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.

35. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana (2006) untuk sokong kereta nasional. Kereta itupun cukup untuk bawa saya ke mana2.

36. Tiada sebab kenapa orang Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapapun. Orang Melayu boleh maju. Kalau saudara jadi wartawan, saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

37. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi, perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.


-- BERSAMBUNG

No comments:

Post a Comment