Tuesday, December 28, 2010

Untuk renungan bersama (pt 1)

I dapat emel ni dari seseorang dan isinya amat menarik untuk kita sama-sama renungkan.
Ia mengenai orang terkaya ke-tujuh di Malaysia dan ke-32 di Asia Tenggara (pada tahun 2006). Beliau ialah Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari, berusia 57 tahun dan cuma berpendidikan SPM. Mula berniaga pada usia 19 tahun dengan menjual lembu dan kerbau. Beliau kini mempunyai kekayaan berjumlah lebih RM1,800 juta (mungkin lebih lagi).

Sumbangan sosial beliau ialah Yayasan Al-Bukhari iaitu institusi pengajian untuk 3,000 pelajar, Muzium Kesenian Islam, Kompleks AL-Bukhary, yang menaja kelas tuisyen untuk pelajar Melayu, pengindahan Masjid Negara, sumbangan RM1 juta untuk Tabung Tsunami dan menaja setiap tahun penghantaran rakyat Malaysia yang tak mampu untuk tunaikan haji.

Sumbangan sosialnya bermula bila mana ibunya menyuruh memberikan sebahagian elaun (RM750.00) pertamanya sebagai pengarah syarikat beras kepada jiran susah. Sebahagian lagi (RM750.00) ibunya simpan. Selain itu, ibunya juga menyuruh belliau menghantar lampu kerosen ke surau2 untuk menerangi kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan. Dari situlah bermulanya pembentukan peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar yang kita kenali hari ini.

Antara kata-katanya yang boleh dijadikan teladan kepada kita semua:

1. Ada sebab mengapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja2 kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan.

2. (Berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit2. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa2 rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama saja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapapun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.

4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok2kan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu gunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham, baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita2 mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10. Sayapun suka kemewahan. Sayapun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Sayapun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidor dalam berapa rumah satu malam, hendak makanpun sampai larat mana????

11. Dalam hidup ini, kita sebenarnya tidak ada status, ada masa di atas, ada masa di bawah.


--- BERSAMBUNG

No comments:

Post a Comment