Tuesday, December 28, 2010

Untuk renungan bersama (pt2)

Sambungan dari pt 1:


12. Ketika Allah memberikan kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana2 yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk tolong orang lain. Rezeki itu bila2 masa dia boleh ambik balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah, mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada, kalau adapun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha, mereka marah.

14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukumpun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit sahaja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih, ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa2 dan balik ke Alor Setar tetapi saya rasa hidup ini akan sia2. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita, kita tak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa2 !!!!!!.

16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak.

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kepada orang Cina yang kaya beratus2 kali ganda daripada saya. tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang Tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju, kita perlu berusaha.

18. Saya asal daripada tidak ada apa2. Apa yang saya tidak tahu, saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.
20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing2. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata2.

22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu, yang menjadi masalah kononya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung, orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana wang.

23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada Rm10 juta atau RM20 juta d alam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa kekayaan tidak boleh membantu selama2nya.

25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat. Tapi, sebelum berhutang RM10 juta, mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik, mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tetapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.

26. (Perasaan setiap kali mendapat rezeki) Saya ini , kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu, hal2 asas. Kalau mahu, saya minta terus dari Tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar, biarlah padan dengan badan.

-- BERSAMBUNG

No comments:

Post a Comment