Monday, September 5, 2011

Perginya seorang wira negara




Dari Allah kita datang, kepadaNya juga kita kembali. Itulah perjalanan terakhir rakan setugas iaitu Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor, cameraman Bernama TV yang meninggal dunia akibat terkena peluru sesat yang menembusi ke jantung dan paru-parunya terus keluar di bahagian bahu (ada juga kata dari bahu menembusi jantung dan paru2) ketika membuat liputan misi kemanusiaan di Somalia. Bak kata rakan FB I, ketika ke Somalia, dia hanya seorang jurukamera biasa yang hanya dikenali anggota keluarga dan rakan2 tetapi pulangnya walaupun hanya sekujur jasad kaku adalah sebagai wira negara. PM kita sendiri telah memendekkan lawatan ke Australia untuk sama2 menyambut ketibaan jenazah Allahyarham - dan pastinya ratusan warga media yang lain turut hadir untuk sama2 mengaminkan doa untuk arwah. Inilah rahmat Allah untuk seorang yang mungkin tidak ramai yang kenal semasa hayatnya tetapi pemergiannya diiringi dengan jutaan doa.

Yang pastinya, pada saat ini, seluruh warga media Malaysia sama2 menangisi pemergian arwah, sedih dan kesal dengan apa yang berlaku. Selama dua hari berturut2 rakan media I di FB seperti berkabung. Tiada gambar2 riang ria hari raya diuploadkan, hanya ucapan takziah dan AL-fatihah disampaikan. Terima kasih rakan2 media yang memahami. I sendiripun kenal gituh2 jer dgn arwah, cuma setakat "berhai2 dan berbye2" jer ketika berjumpa di lobi tetapi apabila kita telah bekerja seumpama satu keluarga di bawah satu bumbung, perasaan sedih, hiba, sayu dan sebagainya tidak dapat dielakkan. Tambahan pula arwah juga merupakan junior I ketika belajar dahulu. Ucapan takziah kepada kepada keluarga arwah dan insyallah, seperti mana yang telah diberi jaminan oleh KP kami, bantuan sewajarnya akan disalurkan. Amin dan Al-fatihah sekali lagi untuk arwah, semoga arwah ditempatkan di kalangan mereka yang beriman ...

No comments:

Post a Comment