Tuesday, July 28, 2009

It's kara"tak"oke time

Ahad lepas, I ngan anak2 gi "berpartying and berkaraoekying". Sebenarnya, tak planpun. Awalnya, cadang nak bawak bebudak tu gi "Midvalley" nak cari "adalah bende" and lepas tu nak gi BSC. Tapi camner tah, tetiba dapat pulak SMS dari Pah petang Sabtu tu, "Lin, Kak Ani's birthday esok, kitorang nak celebrate kat karaoke Ampang Park kul 1.30pm. Jangan tak datang". Wow, karaoke lagi. Tapi macam biasalah, it's karaoke time for them but kara"tak"oke for me. Kan I dah cakap, part nyanyi2 ni, I selalunya lari "tune", selalu jer jadi back-up singer. Sumbang mambang abihhh ... Tapi takpa, kali ni I nak bawak Soraya so that dia boleh nyanyi on behalf of me. "Kakak. kakak nak ikut mummy tak celebrate mummy punya kawan punya besday. Kita nak celebrate kat karaoke. Mummy nak bawak adik ngan kak Dewi, kalau kakak taknak ikutpun takpa". I punya style memang tak suka paksa2, kalau Soraya nak ikut I, memang "kecil tapak tangan, satu taman Tropicana Resorts tu I tadahkan", tapi kalau dia tak nak, I nak buat apakan. Kalau ikutpun, buat muka "cemburut or terpele'ot" pun tak best jugak. Tapi awal2 I cakap kat kakak yang we all nak berkaraokeing kat Ampang Park bukan kat RedBox (which have a wider range of songs). Selalunya we all ke RedBox Curve tapi kat Ampang Park, yang bestnya boleh bawak makanan sendiri, maklumlah nak celebrate besday, mesti masing2 ada bawak food memasing. Murahpun murah ....

Memang betulpun, masa I sampai ngan "rombongan cik Kiah" I (Soraya, Dewi and Alea), banyak nyer food kat dalam bilik 304 tu. Dengan ayam KFC, dengan marukunya, dengan jeruknya, dengan keknya, itu belum lagi Jam bawak pulut kuning, goreng cempedak, laksam dan pulut kuning. Ohhh ...meriah sungguh. Mananya kata ekonomi global meleset, I tengok tak melesetpun, kaya raya adalah lagi. Yang bestnya, si kechik "nottie" I lak, sampai jer terus nak "mamam". "Mum, mamam yam (nak makan ayam KFC)". Pah and the geng (Liza n gelfren and Kak Ani) pulak dah puas melalak. I pun cakap kat Soraya, "kakak pilih lagu kakak and show to these auntie2 that you can sing better than them .... he...he...he". Anak dara I apa lagi, abih dikey inkan lagu favourite dia and dicapainya "microphone", terus belasah semua lagu tu. Favourite song dia mestilah "Matahari" and "Reflection (Mulan), harus dua tiga kali dia ulang lagu tu sampai Jampun geleng kepala. Siap buat showmanship lagi depan kenkawan I. Time nyanyi lagu besday, suara si Soraya yang paling nyaring sekali, tergelak besor Kak Ani. Liza and gelfrenpun not bad jugak nyanyi, ...siap feeeeelinggg lagi ....We all nyanyi disulam ngan makan2. Banyak makanan woooo ... kalau tak membazirlah bak kata si Dewi "makannya yang lebih, nanyinya kurang tapi seronok kak macam ni, semua suka hati".

Sebenarnya I tak cadang nak lama2 kat situ sebab rasanya naklah gi round2 Ampang Park tu cari "apa2 yang patut" sebab rasanya dah berzaman tak ke situ. So dalam kul 5.30pm, dah puas melalak (I nyanyi dua lagu jer itupun si Jam tolong abihkan), I ngan rombongan cik Kiah mintak diri nak balik. Lagipun esoknya (Isnin) Soraya ada assesment, ingat kalau sempat nak buat last round revision ngan dia kat umah. Tapi, sebelum tu, I ingat nak carilah kot2 ada blouse linen "Woodspans" kat situ, tapi takde yang menarik. Blouse linen kat sini lebih kurang sama stylenya ngan kat British India yang begitulah teramat mahal sekali. Bayangkan "baju linen bodoh" jer yang simple mimple kat BIndia boleh sampai RM800, "bodoh ke aper aku nak beli". Baik beli kat sini, boleh dapat berpasang2. Dulu, memang I suka beli kat BIndia, masa tu harganya ok lagi tapi sekarang ni ... memang tak "munasarawak". Kitorang sempatlah tawaf banyak kali jugak kat situ, dapatlah belikan si kechik "nottie" tu baju Ben-10 tiga pasang, si kakak belikan singlet dalam, si Dewi tali kasut and untuk mummy "elek". Sebelum balik, masuk juga McDonalds, belilah apa2 yang patut sebab sampai rumah nanti mesti lapar punyer.

Waduhh, penat sungguh kitorang hari tu tapi apa yang penting semua happy. I tanya kakak, "Kakak happy tak, adik you tu takyah tanya, memang sentiasa macam tu". "Bestlah mummy, your friends all can sing one". Ok, next time kita gi lagi ....

No comments:

Post a Comment