Tuesday, July 21, 2009

Uhuk... tahta "juaraku" berpindah tangan

Tahun ni rasanya bukan rezeki I untuk terus menyandang juara boling "wanita vogue" untuk kali yang ke berapapun dah tak ingat. Rasanya tetiap tahun kot "without fail" I lah dengan vangganya akan naik "podium" kat ofis I untuk ambik hadiah, tapi kali ni ... uhuk ... uhuk ... uhuk ... bukan setakat tak jadi juara, langsung tak sangkut top threepun. Kalau dulu, baling bola tutup matapun, boleh menang, tapi kali ni, saingan begitu senget dari peserta regular dan bukan regular. Tapi takpa, I lama lagi kat sini, tahun depan, tahun depan dan tahun depan2 lagi, insyallah, "akan ku rebut kembali tahta ku itu kawan2".

Oklah , last Sunday we had this KKB bowling tournament. Kali ni pesertanya ramai dan begitu meriah. I kalahpun (biasalah alasan kalau dah kalah) sebabnya I rasalah si penganjur saja nak sabotaj I. Dahlah bagi lane kat hujung dunia, lepas tu asyik rosak, rosak dan terus rosak. Di pendekkan cerita, baling sekali, rehat banyak. Apataknya, nak tunggu si mekanik perbetuikan pin2 yang kadang2 cukup, kenkadang rongak. Sapa yang merokok tu sempatlah juga habih sebatang. Bayangkan baru "first throw, lane dah buat hal. Macam ni sampai esok pagipun tak abih main, kalau kejap2 rosak, kejap2 rosak". Lebih menerukkan keadaan, dahlah lane buat hal, ramai pulak bowlers diletakkan kat lane we all, lagilah lambat. Memang betulpun, orang lain dah abih, ada yang dah balikpun, kitorang baru nak masuk game 3 dari 5 games. Satu lagi sebab agaknya yang membuat I kalah, I terperanjat kot tengok boss I pun turun padang, apa2pun "I salutelah sama you boss, not badlah you bowl."

Anyway, to those yang menang, congratulations. Alahhh ... setakat dapat "periuk empat beradik" or "periuk nasi takda cop" tu akak sikit tak heran (saja dengki jerlah). Kalau dapat rumah berbungalow tiga tingkat tu, nyesallah jugak akak tak bowl bersungguh2.

Dengan ini kenkawan, dengan rasa sedih uhuk ... uhuk ...uhuk .... I isytiharkan dengan rasminya "TAHUN INI TAHTA JUARA I BERPINDAH TANGAN". Uhuk ....uhukk ...uhukkk (udahlah buruk benor bunyinyer), tahun depan ada lagi.

No comments:

Post a Comment