Friday, July 10, 2009

Teringat zaman pre-dip 23 thn dulu

Tahun 1986, bulan Julai, I mulakan pengajian Mass Comm untuk tempoh tiga tahun setengah. The first six months, kitorang hanya belajar English, we called it zaman "pre-dip" sebelum masuk Part One dan pilih course masing-masing. Memang best time ni, apa taknya, cuma belajar omputih jer. Jadi, selama enam bulan ni, kami memang kena cakap omputih jerlah. Tetapi sesapa yang dah "too terror merror", kiranya mimpipun dalam omputih, terus dapat masuk advance ke part One. Rasanya batch I takde, bukan takde, tapi takde orang yang nak. Yelah, tak bestlah, datang interview sama-sama, kena raggingpun sama2, dah kenal hati budi masing2, tetiba kalau terus ke part One, hilanglah thrillnyer.

Kelas pre-dip dibahagikan pada empat -- kelas W, X, Y dan Z. Kira paling terror Kelas Wlah and kebetulan I kelas W. Bukan main letak jer tau, we all kena duduk test dulu dan dari result yang dapat, barulah kita ditempatkan dalam kelas memasing. Tapi memang betul, dalam kelas W tu kiranya memasing "speaking berabuk" abih kecuali I (boleh speaking tapi taklah berabuk sangat). Tak tahulah pulak macam mana I boleh duduk dalam kelas tu sebab kalau difikir2kan kawan sebilik I, Muhaini (sekarang ni orang besor kat MRCB) punya English ... wow, dasat gitu, takut akak dengar, tapi dia masuk Kelas Y.

Antara yang masih I ingat dalam kelas I ialah Hisham T, Malin, Ajoi, Acong, Azman S, Abang Kiki (Marzuki), Jun, Roslina, Jay, Ismail E, Baya, Ramlah , Rosmah (semua ni dah berjawatan tinggi) dan yang I tak ingat tu, memang betul tak ingat langsung. Lecturer English lak untuk grammar Miss Lillian (lawa, seksi dan tinggi beb). Tiap kali dia masuk ngajor, mulut budak lelaki semua ternganga abih ... sebabnya dahlah pakai skirt pendek, duduk atas meja bersilang kaki pulak, so apa tak ternganga nyer. Tapi Miss Lillian ni memang lawapun, kaki panjang, jadi bila pakai skirt pendek, memang kenapun. Dalam lawa2 dia, orangnya garang beb, so kitorang kalau dia tanya tak dapat jawab, menggigilah jugak. Sorang lagi lecturer English kitorang untuk overall grammar termasuk drama ialah Mr. A.P John. Orangnya gemuk, pendek, bawak beg james bond lagi. Bebudak lelaki memang suka pekenakan dia tapi ada satu hari tu, agaknya dia tak tahan dengan kerenah bebudak yang selalu datang lewat ke kelas dia, dikuncinya pintu kelas, apa lagi berkerintaulah dorang yang lambat tu kat pintu, begging suruh dia bukakan. Memang padan muka korang, AP John buat donno jer, terus mengajor, macam takde apa2 berlaku.

Lagi satu masa zaman pre-dip ni, saham bebudak pompuan melambung tinggi. Mana taknya, senior masing2 dok jual minyak, nak tackle buat girl friend. Time break aje, nampaklah kelibat senior2 dok mengendeng tepi kelas we all. Yang lawa tu lagilah menjadi pujaan tapi macam I ni, kurenglah sikit sebab tak reti nak bergedik. Tapi takpa, sebenarnya, tak dapat boifren seniorpun, tak mati beb. Kalau yang bercouplepun, tak tentu lagi kekal sampai abih belajar. Boringlah, asyik mengadap muka yang sama tetiap hari, lepas tu kahwin pulak, lagilah lama nak mengadap. Akakpun sebenarnya pun ada gak dua tiga senior tackle. Kira oklah tu, ada gak sahamkan....lakulah jugak.

Senior2 ni masa minggu orientasi dah mula berkelingtau. Oh ya, sebelum mulakan kelas pre-dip, we all kena lalui proses orientasi dan masa minggu terakhir tu kena pulak buat persembahan kat senior2. Jangan marah, I masuk dikir barat ngan boria lagi. Nanti I check kot2 ada gambar zaman dolu2, bolehlah I postkan kat sini. Pada I, Mass Comm memang best sebab entahlah, best sesangat, enjoy sambil belajar. Takyah nak tension2.

Masa pre-dip pulak, kitorang ada english drama competition antara kelas2 dan Kelas W memang superb. Props and costume memang class gitu. Tak silap props, Hisham Taha yang buatkan dan costume main cast, Jun yang jahitkan and thanks juga to Mr AP John yang bekerja keras untuk we all. I tak ingat kisah apa yang we all stagedkan tapi yang I ingat I jadi permaisuri yang tak ada dialog. Senangkan , tak payah hafal apa2 tapi costume and makeup maintain "devam devoom" jugaklah. Kiranya, walaupun I bukan main cast, tapi yang pentingnya voguelah jugak masa zaman tu .... he...he....he... Memanglah bukan nak puji sesangat, tapi Kelas W punya performance memang best, paling best, mana taknya "buat lawak atas stagepun, orang lain tak gelak, sendiri jugak gelak".

Itulah, antara memori indah masa zaman pre-dip, itu belum lagi ada Geng Orang Lawa (OL) dan Orang Tak Lawa (TL). I sendiri tak tahu siapa yang mulakan geng2 ni dan apa kriterianya tapi yang pasti I bukanlah dalam Geng Orang Lawa. Masa zaman we all jugak, budak2 Engine selalu buat show kat DSB, sempat jugak I pegi tengok sekali dan yang paling best jugak minggu konvo. Sesapa ada boifren, bolehlah keluar ngan boifren dan sesapa yang single mingle, keluarlah ngan geng memasing. Tapi yang penting, KITORANG SEMUA ENJOY SAKAN ..........

Lagi satu, batch we all ialah batch "LAST OF THE REDS" because lepas tu takda lagi kad metrik warna merah. Warna merah dah digantikan dengan kad metrik warna biru.

No comments:

Post a Comment