Monday, July 20, 2009

KLCC, I see you when I see U

Lama sungguh I tak gi KLCC, rasa2nya kalau ditolak campur, hampir setahun rasanya. I lebih suka gi One Utama sebab dekat ngan rumah, takyah nak redah2 jam kat town. Selalunya, kalau tak ada tujuan, I memang malas nak gi mana2. Baik lepak aje kat rumah ngan si Alea ngan Soraya memandangkan I bukannya selalu ada masa ngan dorang. Kalau saja2 nak gi kalu, memang takdanya. Sebab apa, tak pasal2 nanti duit I yang melayang. Benda yang tak rancang nak beli, terbelilah pulak, lepas tu balik rumah termenung, "pasai apa aku beli menatang ni, membazir aje duit aku". Duit ni macam air, lagi banyak keluarkan dari bank, macam tulah banyaknya kuar untuk "beli tah apa2". Tapi last Saturday I gi KLCC sebab I ada sebablah. Antaranya nak betulkan belt I. Dah lama I beli tapi tak pakai2 sebab terlalu panjang, tak tahu mana nak repair. Repairpun takleh sebarangan tempat sebab belt I ni "boleh tahan gak reganya". Satu hari tu, I terceritalah kat kawan seofis I dan dialah yang cadangkan I gi kat "Minute Cobbler KLCC" sebab kat situ kerja repairingnya tahap "international". Memandangkan dia yang cadangkan I percayalah sebab dia nipun bukan sebarang orang beb ... beli barangpun semua yang branded2 jer. Maklumlah, I boleh kelaskan dia sebagai pompuan paling kayas rayas di level I ni. Duit dah tentu tak abih makan, boleh buat selimut lagi sebab still single mingle, takyah tunggu duit insurans, sekarang jugak bukan setakat kete, rasanya bapak segala bas boleh beli. Itu belum lagi bab2 holiday kat overseas. seluruh dunia dia dak gi rasanya.

Macam biasalah, memandangkan si kakak (Soraya) taknak ikut sebab dia ada kelas tuition and lepas tu kenkawan dia nak datang lepak kat rumah, so "bodyguard" si kechik "nottie" tulah yang I usung. Sebelum pegi, I tinggalkan duit RM50 kat kakak suruh dia order pizza kalau2 dia ngan kenkawan dia lapar nanti. Masa nak gi tu, biasalah si kechik ni selalu overexcited tapi still under controlled. Bila sampai kat KLCC, memula sekali I gi makan and lepas tu ke "Boutique Cartier" sebab nak suruh tebuk lubang kat belt tu sebelum direpair and sambil2 tu nak betulkan cincin dan bracelet Cartier and also jam Cartier I sebab kancingnya tak berapa ketat. Sambil dok tunggu tu sempatlah I browsing sekejap kat dalam boutique tu tengok2 their latest collection of watches. Wow, harganya amat menakutkan. Ada satu tu lebih kurang yang macam I pakai tapi nipis sikit reganya almost RM32k dan satu lagi RM52k sebab ada white gold keliling. Rasanya mati hidup balikpun I takkan beli, harap orang bagi present jerlah (in this case, I have to thanks my hubby. Kalau tak, tak merasalah I). Kalau ikut I yang telah dilabelkan "kodokut" ni, baik I beli rumah, lepas tu rent it out, dapat juga hasil. Jam paling mahal yang mampu I belipun mungkin jam Guess. Lepas dah habis browsing tu, I pun beralihlah nak tengok bracelet ke, charm ke, pendant ke untuk si kechik ni. Memandangkan Kakak dah ada collection, I pun tengok2lah kot ada yang sesuwei untuk si adik. Memang ada tapi reganya "waduuuhhhhh, memang gitu mahal sekali". "So nanti2lah, dulu dik ya, insyallah, adik, mummy belikan nanti ok".

Bila dah settle semua, I pun cepat2 angkat kaki kuar dari boutique tu sebelum I terjebak menyain kad beli apa yang tak diperlukan buat masa ini. Terus ke "Minute Cobbler" and I tengok memang tahap profesionalnya para pekerja kat situ. Kurang sejam, belt I tupun siap and "ok, I puas hati, upahpun taklah mahal sangat". Oh ya, sebelum balik, sempat juga I "tumpang lalu" kat tepi Harrods. "Takut akak nak masuk, cuma jeling and ambil bau jerlah". Untuk adik, ingat nak beli baju kat "Guess Kids" tapi most of the collection adik dah ada. Nak cari t-shirt Ben-10, takdalah pulak saiznya. Last2 sekali belikan dia KFC jerlah sebab si Alea ni dapat "mamam"pun dah ok, sebab dia bukannya yang jenis "nangis guling2" nakkan sesuatu benda tu.

Hampir separuh hari I kat KLCC hari tu ngan si Alea. Agak2nya bilalah lagi I nak datang balik. Selain dari agak melencong jauh dari rumah, I sebenarnya dah takda masa untuk "berwindow2 shopping". Sayangkan kalau weekends I dibazirkan macam tu aje, baik I bawak anak2 gi main kat mana2. Bebudak macam anak2 I ni lebih suka dibawak ke "theme park" daripada "window2 shopping" melainkanlah memang ada tujuan macam nak beli toys ke, baju ke etc ...etc ...etc

Oklah KLCC, I see you when I see U ...

2 comments:

  1. ct gi klcc pon time lunch hour jer..klu weekends mmg nan adoo laaaa..jauh dr rmh kann ;-)

    ReplyDelete
  2. Kak Aje kalau takda tujuanpun, memang takgilah KLCC tu, menyimpang jauh dari rumah. Baik gi Curve or One Utama.

    ReplyDelete