Monday, July 13, 2009

Rumah itu Syurgaku

Selalu gak I dok nasihat adik pompuan I, suruh kumpul duit banyak2 and then beli rumah sendiri. Jangan dok nak pikir kahwin jer, beli rumah dulu. Sekurang2 ada harta. Misalnya, kalaulah ada jodoh ... lepas tu kahwin and laki bagi rumah, rumah sendiri tu boleh bagi sewa. Takyah beli rumah mahal2, beli ikut kemampuan tapi location kenalah jugak pilih, jangan pulak beli dekat tempat "jin bertendang", susah nak sewa kat orang nanti.

Macam I, I memang suka lepak kat rumah (to be more spesific dalam bilik). Ingat tak entry awal I pasal nak renovate bilik I macam "a house in a house", itulah antara sebab musababnya. Rasanya kat rumah tulah, I akan tinggal sampai ke akhir hayat. I tak retilah lepak2 kat rumah orang. Apatah lagi nak tidor baring sehari suntuk. Entahkan orang tu nak privacy, ke tidak, mana kita tahukan. Paling lama satu atau dua jam, lepas tu, berkelinting nak balik rumah. Rumah sendiri, kecik atau buruk macam manapun, memang selesa berbanding ngan lepak kat rumah orang. Ingat lagi masa zaman I dok menghantar Soraya gi kelas kat BSC masa dia kecik2 dulu. Untuk abihkan tiga jam kat situ, I lebih suka duduk kat Coffee Bean sambil baca buku. Bukan takda kenkawan I yang sama2 tunggu anak2 ajak lepak kat rumah dorang dekat2 situ, tapi I memang tak suka. Bukan tak suka tapi rasa tak selesa, rasa rimas dan rasa entahlahhhh......
Tapi kat rumah mak I kat Selayang tu bolehlah pulak sehari suntuk "berlepaking" kat sana. Rumah adek beradek sendiri yang selang dua rumah dari mak I pun, I tak nah gi, inikan lagi pulak rumah orang.

Berbalik pada adik I tadi, bukan aper, kawan2 yang sebaya dia semua dah ada rumah sendiri. I cakap kalau dah ada rumah, duit yang bayar sewa tu boleh buat bayar rumah sendiri and at the end of the day, jadi harta sendiri. Lepas tu, part2 nak menghias ni lagilah thrill ... masa tulah nak beli itu , nak beli ini , pantang ada sale, mesti pegi punyer .... paling best bila balik kerja, hilang semua penat bila dapat relaks kat umah sendiri. Kita nak buat apa saja, semua boleh, nak berbogel sambil jawab telefonpun, takda sapa nak larang. "Senang jugak angah nak lepak2, sekali sekala tido baring kat rumah awak. Ini tak, kalau tak start kumpul harta, sampai bilapun duit tu asyik tak cukup jer. Kita bukannya orang senang, jangan dok harap reta orang jer."

Yelah, mana I tak bising, ada sekali tu abih duit dia beribu ringgit bayar deposit nak sewa rumah, takke membazir namanya. Rumah mak kat Selayang tak nak duduk, banyaklah "cekadak". Jauhlah, jamlah, macam2 alasan. Pada I pulak, rumah yang I duduk sekarang, memang I sayang sangat ... tak besar (just nice) dan selamat . Paling fenting "RUMAH ITU ADALAH SYURGA KU DAN ANAK-ANAK"

No comments:

Post a Comment