Monday, March 22, 2010

Akak ber"berokbeng"lah pulak

Pagi tadi lepas hantar Alea, dengan penuh semangat yang berkobar2, I pun gilah One Utama. Tujuannya ialah nak beli "berokbeng" (broadband) untuk "konekkan" laptop I ngan internet. Rasa2 dah almost setahun laptop I takleh "dikonekkan" kat Internet. Kesiankan kat laptop I tuh, kalaulah laptop tuh manusia, dah lama "bersarang lelabah". Entahlah, laptop murah I ker yang buat hal or memang "Streamyx" tu takleh pakai. Pelikkan, ambik pakej yang paling "mehe" tapi "satu sengpun tak guna". So, dengan khidmat nasihat cousin I si Neddy ngan adik ipar I, Yati, agar "eloklah I beralih ke berokbeng", I pun rasa "why not give it a try", bolehlah I usung gi Selayang sekali sekala. I tak kisah, broadband DiGi ker, Maxis ker ataupun Celcom, "janji murah". Kebetulan I pegi lak ngan adik I si Azean pagi tadi, terkezut berok dia bila sampai jer kat kedai DiGi tuh, memula sekali yang I tanya kat staff situ, "Dik, akak mahu beli broadband, yang unlimited punya tapi akak nak yang paling paling murah sekali ok". "Apalah angah ni, buat malu jer, nak yang unlimited tapi kedekut, nak yang paling murah pulak tuh, apa kelas, buat sendirilah". "Yerlah, dah Kak Yati pesan mintak yang unlimitednya, bos diapun pakai yang murah jer. Lagipun bukannya angah nak guna selalu, sekali sekala jer, membazir jer kalau bayar yang mehe". Tapi biasalah I nikan cepat terpengaruh lebih2 lagi kalau staff kat situ pandai pulak "mengayat". "Kak, kalau yang paling murahpun tak guna kak, 3.0 gig jer, baik terus ambil yang mahal sikit, dapat modem free lepas tuh 10 gig lagi, setakat beza 15 ringgit jer, lekat celah gigi akak jer, rugi kak kalau tak ambil". "Yerlahhh, pandailah ngkau".

Huhhhhh, nak yang paling murah konon, last2 sekali I "terambik" jugak pakej yang "mehe sikit". Itulah I ni, cepat benor "tersongsang dari matlamat asalnya". Congak punya congak, oklah, taklah mehe manapun, kalau tak duit tupun melayang ntah ke mana, sedar2 dah abih. Bila balik, I pun terus "konekkan" laptop I tu kat internet dan "yahoooo, laptop I dah dapat konek, udah tak bersawang lagi, bolehlah I berinternet balik".

No comments:

Post a Comment