Tuesday, March 9, 2010

Survey parking lagi

I ni memang spesies yang "very the determined one". Dalam apa2 halpun, misalnya kalau I kena pegi satu-satu tempat tu, I mesti pegi "recce" dulu. Paling penting, top in the list, I kena make sure parking senang dan dekat. Dah kena gi sensorang so I have to make sure betul2 ok dan I sendiri rasa selamat. Bukan apa, I ni jenis penakut, tambah2 kalau "mejelis" tu abih larut malam. I selalunya bukannya pegi "mejelis dinner" tapi lebih pada "bowling tournament". Biasalah organiser selalu buat lepas keje. Kalau tempat yang I besa pegi takpa, kalau tempat "jin bertendang" haru-birulah I. So, untuk sekelian kalinyalah, hari ni sekali lagi lepas hantar Alea sekolah, tugas I ialah menyurvey parking kat One Utama. Jumaat ni I ada bowling. Malam pulak tu, kalau siang I tak kisah sangat. Hari tuh dah survey tapi I tak puas hati selagi I dapat cari yang betul2 dekat ngan lift ke bowling alley. Sebelum ni memang kat lift tapi I kena berasak2 pulak dengan orang yang nak tengok wayang. Lagipun, lift kat bahagian tu cinonit dan "very the slow one". So hari ni, I gi survey kat Basement 1 (B1), Basement 2 (B2) dan Level 3, siap ambil zone parking lagi, biar lagi senang kerja I. Kalau parking kat B1 and B2, zone parking dia ialah BH, BJ (warna oren), BK and BL (warna hijau) dan kalau kat Level 3, park jer dekat ngan fitness centre, abih citer. Kalau nasib I baik, dapat parking betul2 mengadap lift, kuar kete jer, alangkah bertuahnya badan I ni. Tak macam kenkawan I yang lain "dorang very the brutal one, park kat ceruk manapun tak kisah punya sebab kalau jantan nampak dorangpun dah lari lintang pukang", I pulak terbalik sikit "very the feminine, nak datang bowlingpun, kena make sure semua "prim-n-proper", dan paling penakut yang teramat". "Abih, akak nak buat camner, dah sejak azali akak cam ni".

Bercakap pasal bowling ni, Ahad lepas kitorang (ofis I lah) ada buat monthly bowling league. Jangan marah, I dapat mengalahkan semua "jants2 (jantan2) macho" kat tempat keje I nilah. "Apa tak vangganyer, bukan senang nak kalahkan jants2 ni". Memang I tak sangka sungguh sebabnya the first two games memang bowl macam "palat" punya, tapi masuk yang third, fourth, fifth and sixthnyer, I mula memecut bagai nak rak "mengalah kuda liar setahun tak mengawan". Yerlah, apataknya, memasing kejar mengejar, points memasing pun dekat2 tapi disebabkan I ni "antara insan terpilih dan orang yang beriman", maka rezeki tu dapat kat I lah ... hi ...hi ...sorry yek semua. I memang nak menang sebab nak naikkan balik position I yang dah melorot bulan lepas. Bayangkan daripada top 10 merudum ke tempat belas2, mana I tak geram ... so bulan ni, naik baliklah gamaknyer ....

No comments:

Post a Comment