Thursday, March 4, 2010

Hilang respect

Kenkadang manusia sekeliling kita sendiri yang menjadikan kita tetiba hilang rasa respect dan hilang rasa hormat. Itulah yang I rasakan sekarang. I sudah hilang respect dan tiada lagi rasa hormat yang selama ini menjadi pegangan hidup I. Lebih baik I berdiam diri dan "tak angkat pot". Lagipun, I tak nampak sebarang kerugian kerana selama inipun takda sapa yang membantu tatkala I betul2 mengharapkan pertolongan bahkan yang paling menusuk kalbu hingga ke akar umbi, ada yang sanggup bersengkokol. Takpalah, dorang tak rasa, dorang tak tahu. Cuma yang paling I kesalkan, selama ini, sesia sahaja apa yang I "nawaitu"kan. Sia2 sahaja keikhlasan yang diberikan dan dibalas dengan "tuduhan2" yang kurang menyenangkan. Camnerpun terima kasih banyak2. I tidak pernah mintak Allah membalasnya, sekadar cukuplah dengan Dia memurah, memberkati rezeki I dan memudahkan perjalanan hidup I walaupun sesukar mana sekalipun I diuji. Pelikkan manusia ni, kita buat dengan ikhlas orang pulak rasa kita tidak ikhlas dan tidak pernah ikhlas. Jadi, apakah ukuran yang boleh dibuat agar keikhlasan itu dapat diperlihatkan. Adakah kita perlu sentiasa war2kan, ataukah perlu kita tulis di dahi untuk dipaparkan kepada orang ramai sebab kalau itulah kehendaknya maka pada I ia bukanlah keikhlasan namanya tapi lebih kepada menunjuk2 . Keikhlasan itu datang dari hati nurani yang suci datang dari dalam ... tapi itulah kehidupan serba tak kena dibuatnya, ibarat "ditelan mati emak, diluah mati bapa" .

No comments:

Post a Comment