Wednesday, March 3, 2010

Me and the "Mak Dats"

Untuk aktiviti sukan I cuma aktif dalam bowling jer, so dalam seminggu mesti "full"nyer. Mana taknya, I ada morning league bowling Selasa (kat club) dan Khamis ( One Utama) dan petang Jumaat, malam Sabtupun kat One Utama. Yerlah, dalam I dok melopong jer kat umah tu sementara nak tunggu ambik Alea sekolah dan masuk keje tengah hari, baik I joined league2 ni. Selalunya yang hari Selasa I sempat ambik anak tapi yang Khamisnyer, I suruh hubby ambik sebab selalunya we all abih lewat sikit. Morning league ni normallynya di kalangan housewives yang tak bekerja (yang laki kayas rayas) , selalunya yang join "mak2 dat" (mak datin) aka "tai-tai" yang boring duduk rumah dan tak ada aktiviti2 lain. I jer yang tersesat dalam golongan tu sebabnya I ni bekerja tapi in "shift hours" dan cuma ada gelaran "bini orang" jer. Best jugak "laga2 bahu dan laga2 pipi" ngan "mak2 dat" ni dan tengok gelagat dorang. "Wa cakap lu, datang nak berbowling jer, tapi dressing kenkadang macam nak gi dinner, glamour abih. Yang branded jangan cakaplah, dari hujung kaki sampai hujung kepala. Rambut pulak, macam lepas set gitu, beralun2 dan berkaler2pul lagi. Itu belum handbang ngan kasut, "wajib makronah" harus matching. Jangan tak percaya ada seorang "mak dat" ni umur dah 53 tahun tapi body pehhhh ....cam anak dara siot ... siap pakai G-string lagi (bukan apa I ternampak masa dia tertonggeng2 nak pakai socks). Lagi best, memasing ada drebar tolong seret beg bowling, abih jer boling dah siap drebar tunggu nak angkut balik. Akak ni jer yang dok seret beg bowling sendiri, ulang alik. "Mak2 Dat" ni walaupun "ikan gelama" abih, tapi memasing baik hati cuma yang tak larat bila time lepak2, "main subject" mesti borak part "branded2 item". Yang sorang ni beli kat Paris, yang sorang ni beli kat London, yang sorang ni beli kat Hong Kong. Memasing dok tayang menayang. Akak ajer yang beli kat KLCC or Pavillion or Starhills. Nasib baik jugaklah I ada series or handbag collection, bolehlah I usung atau tukar ganti sekali sekala. Taklah nampak "cokiah" sangat. Camnerpun part "general knowledge" zero, tapi tak semualah, ada gak yang "terrer the merrer". One thing I notice, pasal apa "Mak2 Dat" ni kena "dress to kill" walaupun setakat berboling jer sebabnya they have to bersaing sesama sendiri. Yerlah, takkan awak nak pakai selekeh kot sedangkan "Mak2 Dat" lain yang datang "melaram abih", mestilah dorang nak tunjuk sapa pakai yang "paling terbranded" punyer. Satu lagi sebab depa ni tak bekerja so bila lagi nak pakai lelawa macam ni, time2 seginilah selain dari attend dinner, teman hubby memasing tapi takkan dinner tetiap malam kott....

I ingat lagi masa zaman dok hantar Soraya gi kelas kat Bangsar dolu2, mummy2 yang antor anak bukan main lagi bergaya sakan. "Nah engko ... kasut lima inci tinggi, mesti yang branded punya, bajupun macam2 pesyen gitu, ada yang seksi ada yang tak seksi tapi kira "up-to-date" abih" padahal hantar anak gi montessory aje lepas tu lepaklah kat Coffee Bean ker, Starbucks ker dua tiga jam sementara anak nak kuar kelas. Kiranya beli baju "mehe2" tu cuma nak pakai tayang masa time2 segini jer. Kesian kan kat dorang ni. Lagi satu, nak berbelanjapun "takleh sesuka hati" sebab harapkan duit laki sebab "yang kaya/cari duit laki bukannya bini (bini tunjuk lagak dan berlagak jer)" , so POKOKnya kalau kita pegang duit sendiri, tak harap duit sesapa (duit hubby tu dah jadi tanggungjawab dialah nak bagi) ... anytime boleh horaaa beb ..... Nasib baiklah I kerja kalau tak baju2 glamour I yang berlemari2 tuh cuma I boleh tayang masa hantar/ambik anak sekolah atau gi beraktiviti bowling jerlahhhh .....

No comments:

Post a Comment