Wednesday, March 24, 2010

Bebudak sekarang

Bebudak sekarang ni so the very canggih and "terrer the merrer one". Ajar kejap jer ... zazzzz .... zuzzzz .... zappppp .... terus lekat kat "memory card dorang". Dari devices yang serba serbi advance sampailah kelaku yang bukan2, cepat jer otak tu tangkap tapi bila part2 "ngaji quran ker muqaddam ker" liat yang amat, ada jer alasan. Takyah orang lain, anak dara kechik I sendiri si "Alea Aliyut Kuat Kontut", handphone I tu dah jadi macam toys dia. Tahu pulak tu kalau nak dengar lagu ker, main game ker, pandai jer nak tekan kat mana. Kagum I tengok, tahu pula tu tang mana nak delete gambar, nak kuatkan volume ... dah tu cari lagu "feveret" pun terrer jugak ... siap melalak lagi "I no wan, I no wan but you" (lagu Wonder Girls). Mummynya pulak, dari handphone semahal2 alam sampailah yang paling ciput yang digunakan sekarang ni, setakat hantar SMS and jawab telpon jer, features2 lain dalam handphone tu "haram ... hampeh, sikitpun tak reti nak dimanfaatkan". Tapi siaplah, bila I nak guna balik h/phone tuh, check punya check, ntah apa2 MMSlah, SMSlah yang si kechik ni dah hantar "ikut dan jer". Yang selalu jadi mangsa MMS, SMS "tah apa2" tu mestilah nama contact I yang paling awal or yang last sekali I call. Lepas tuh pulak, macam2 features tetiba jer hilang ataupun tetiba jer "terset", paling buat I terkezut bunyi alarm clock h/phone tetengah malam buta berbunyi, memang terperanjat badaknya, kalau sesapa ada heart attack tu, rasanya dan "Qoluinnalillah ....".

Oh yer, by the way, memandangkan kat rumah I ni dah ada satu bilik kosong extra, I rasa2 nak jadikan bilik ni "bilik permainan" dan bilik lepaking untuk anak2 dara I lah. Takyahlah nak bersempit2 lagi dalam bilik Soraya. I rasa pun takyahlah ada guest room, bukan sesapa nak datangpun. Kalau ada guest datangpun, dorang boleh tido dalam "bilik permainan" ni. Kat bilik ni nanti, senanglah anak2 dara I nak buat homework, berbaring2, berlasak2. Bukannya nak buat renovation apapun, cuma nak bentang alas buluh, letak meja belajar kechik (yang stylo punyalah), hias sana sikit, sini sikit dan lepas tu susun cantik2 toys Alea, masukklan segala kereta tolak kaki dia dalam bilik tuh, abih citer. Bila nak buat??? Tak tahu lagi sebab nak tunggu bilik tu betul2 kosong dan katil besar kat bilik tu pulak I nak postkan kat Selayang. Kalau boleh ruang kat tengah bawah tangga ke bilik atas komputer tu I nak kosong, tinggalkan kerusi urut bagak tu jer. Huuuuuh .... sayup saujana mata memandang .....

No comments:

Post a Comment