Monday, April 19, 2010

Al-fatihah untuk MakWa Lipah

Semalam dalam kul 1 pm, I dapat SMS dari adik I yang menyatakan yang Makwa Lipah I sudah meninggal dunia pada pukul 11.10 pagi. MakWa Lipah ialah kakak sulung mak I. "Qalluinnalillahhiwainahirojiuun ....." . Arwah dah lama sakit tua dan sakit yang berkaitan hati sebab badan dan mata arwah nampak kekuning-kuningan semasa hayatnya. Tuan Drpun tak boleh buat apa2 sebabnya arwah sudah terlalu tua, kiranya tinggal tulang ngan kulit jer. Arwah meninggal di hospital Jempol (sebab anak2 arwah tinggal di belah2 sana) dan jenazah dibawa balik ke Kampung Luat, Lenggong, Perak untuk dikebumikan di sana. I pernah melawat arwah masa arwah duduk ngan mak I kejap kat Selayang. Apa yang I kagum, arwah masa tu yang sudahpun mencecah usia awal 80an, amal ibadat langsung tak pernah tinggal. Dalam tak larat tuh, arwah sendiri yang berjalan ke bilik air guna tongkat empat kaki, mandi sendiri dan kemudiannya bersembahyang dalam keadaan baring di atas katil. Insaf sungguh I tengok sebab kita yang sihat walafiat seginipun, tak tentu lagi amal ibadat mencukupi apatah lagi bila dah sampai usia segitu. Masih lagi terngiang kat telinga I nih, dia dok risau, "aku nih, tak qador lagi sembahyang, berapa hari tuh terbaring kat hospital". Lepas dapat SMS, I terus call adik I cakap yang I tak dapat balik ke Perak, cuma mintak dia sampaikan salam pada keluarga semua. Mula2 memang nak balik tapi I tak boleh tinggalkan anak2 ngan Dewi kat sini sebabnya haruslah I kena bermalam kat kampung. Takpalah, walaupun tak dapat berziarah, yang pentingnya I sedekahkan Al-Fatihah dan bacaan Yassin untuk arwah. Kalau balik, hanya setakat nak tunjuk muka, bersembang2 dan berkumpul2 jerpun tak guna jugak. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang berimam dan dijauhkan dari seksaan kubur. Amin ....

No comments:

Post a Comment