Thursday, April 1, 2010

Skodeng rumah sebelah

Pagi tadi, disebabkan takda kerja nak buat, I ngan Dewi sibuk jer dok menyekodeng rumah sebelah yang tengah riuh-rendah klentang, klentung, klentang, klentung. Rasa2nya dah masuk sebulan dah rumah tu under renovation. I memang curious sangat nak tahu, maklumlah, nampak macam "major renovation". Nak gak tahu apa yang diubahsuai. Kot2 boleh dapat idea untuk rumah I sendiri. Kat porch depan jer dah nampak perubahan. Apataknya, "porch" depan tuh, tiang serinya dah dialihkan ke tepi, maknanya empat bijik keretalah yang boleh diparking kat dalam kawasan rumah. Kalau diikutkan struktur lama, cuma dua "jibik" kereta jer muat sebab ada tiang kat tengah2 yang dok halang. Roofingpun, dah tambah awning baru, "rogna" putih/kelabu bertembung pulak awning "rogna green" I, memang "very the padan one". Paling yang I nak skodeng ialah dapornya. Walaupun I ni bukannya jenih memasak dan masuk dapor selalu tapi I suka tengok dapor rumah orang. "Dewi, jom, teman kakak kita mintak masuk rumah sebelah tengok dalam apa dorang buat". "Jom kak, sayapun nak tengok". Lepas dapat "ijin" dari kontraktor rumah tuh, kitorangpun masuklah. Lagak kitorang mengalahkan mandor pencen. Memang dapornya "I likeee gitu", cantik. Kabinet daporpun nampak class, rasa2 brand "Signature". Masuk pulak kat hall ... tak banyak perubahan "just ok ok" cuma tilesnya yang "very the outstanding one", I rasa itu mesti yang "latestnyer design". Tingkat atas tak boleh naik sebab kontraktor dok sibuk pasang tiles jadi operasi skodeng we all terencatlah sikit, setakat kat hall bawah jer. Bukan apa, I nak tengok jugak master bedroom dan apa dorang dah buat kat ruang udara hall atas yang kosong tuh. Macam rumah I, I buat another room upstairs. "Frust betullah, tak dapat tengok bahagian atas, nak masuk lain kali mesti dah tak boleh punya". I memang dah lama pasang angan2 nak extendkan bilik anak2 dara I ke belakang sikit. Bilik airpun nak ubah dan buat baru. Alea ngan Soraya boleh share satu bilik sama2 dan yang satu lagi tuh I nak jadikan "bilik study and play room". Entahlah, tak tahu ntah bilalah angan2 I boleh jadi kenyataan.

No comments:

Post a Comment