Tuesday, April 20, 2010

Kerja orang tow-truck kot

Berpantang ajal sebelum maut. Semuanya di tangan Allah. Contohnya, pagi baru jumpa, tup2 tengahari, dapat call, dah meninggal. Dah kerap sangat kita baca dalam sokkhabar accident kat lebuhraya. Ada yang tercampak keluar, ada yang kereta terbakar, terbelah dua, terjunam dalam gaung, langgar divider dan macam2 lagi. Paling tidakpun kita mesti cakap, "itu mesti bawak laju tuh, mengalahkan pelesit". Part2 nih, takyah orang lain, I pun sendiri kalau balik kampung, kalau boleh "seabih meter" I tekan pedal minyak tuh. Bayangkan, masa balik Penang harituh, I boleh sampai depan rumah makjang sanun dalam masa 2 jam dan masa pegi rumah abang I kat Johor pulak, tak sampai dua jam setengah. Kakak ipar I baru nak tanak nasi makan tengahari sebab dia ingat kitorang sampai petang (estimated hours of driving 4 hours). "Giler ke aper tuh". Yerlah, mana taknya, kereta besar, kalau bawak 150-180km, "tak rasa beb". Bercakap pasal accident, sedih jugak bila I baca pasal penyanyi AS yang meninggal dalam kecelakaan jalanraya selepas kereta MPVnya terbabas di Hentian LebuhRaya Kajang-Seremban, pukul 6.15 petang Sabtu lepas. Yang menjadi kemusykilan I ngan kenkawan yang lain bila baca sokkhabar keesokkan harinya, yang bantu bawak keluar mangsa ni ialah driver tow-truck, seolah2 macam dia dah memang standby kat situ. Jeng ... jeng ... apa dia buat kat situ. Part ni pulak , kita kena engage CSI untuk siasat. Manalah tahu, kereta tu sebelum terbabas, ada kesan minyak kat jalan ker ataupun tayar pancit disebabkan kena paku yang memang sengaja ditabur kat kawasan tuh. Bukan nak tuduh tapi apalah salahnya kita siasat, mana tahu betul. Ini semua untuk kebaikan kita jugakkan lebih2 lagi yang bawak kereta macam pelesit tuh, macam I nilah. Dah banyak jugak I dengar komplen dari kenkawan I, takyah gi jauh kat Karak Highway tupun banyak paku dan menyak berterabur. I taknah kenalah (diselisihkan malaikat 44) tetapi si tuan badan yang komplen kat I tuh, tayar kete dia penah kena paku kat situ. Kerja sapa tu yek? Kalau dalam siri CSI "omputih", misal kata ada evidence paku ke menyak, first2 sekali dorang akan siasat si drebar tow-truck tuh. Mungkin dorang takda niat nak membunuh tapi kalau dah membahayakan orang, salah jugak. Lagi satu, rezeki yang dibawak balik bagi makan anak bini hasil kerja macam gini, tak berkat lorrrrr ...

No comments:

Post a Comment