Thursday, April 8, 2010

Kisah emak I

Emak I ni jenih orang yang "memang terlalu concern tetapi kenkadang tu tak bertempat" sampaikan kami adik beradikpun rasa rimas semacam terutamanya adik bongsu I, si Zaim. Emak I ni sayang kat kami semua tapi kat Zaim ni lebihlah sikit, maklumlah anak paling kechik. Kechik2pun dah boleh jadi "bapak orang". Banyak kali si Zaim ni suruh I nasihatkan emak I supaya jangan "dok risau tak menentu". Yerlah, namapun emak, kalau I pun, esok2 jadi macam emak I lah juga tambah2 kalau ada anak dara dua orang yang akan semakin ranum dan mekar. "Angah, cuba cakap ngan emak, Zaim risau esok2 kalau Zaim ni ke transfer mana2 tentu mak sakit nanti". Adik I ni kerja guard aka "polis simpanan", so chances kena transfer tu memang ada. Sayang betul emak I kat Zaim sampaikan si Zaim nak keluar lepak2 keluar "pekena teh tarik" pun banyak kena soal jawab, mengalahkan "polis pencen". Itu belum lagi kalau si Zaim ni kerja pagi/petang, sibuklah tengok jam, takut2 Zaim ni "terlajak tidur". Sekejap2 dikejutnya, diketuk pintu, sekejap2 lagikan diketuknya pintu lagi. Kita yang tengok nipun rasa "seriyau semacam". Biasalah orang bujang, kalau tidur tu memang "tak hengat dunia", tambah2 adik I ni dok tengah "gila overtime", jadi kalau dapat tido tu "dunia kiamatpun tak sedor". I pun kenkadang cakap jugak kat mak I kalau dia bising, "Zaim ni kita dok kejut susah betul nak bangun, karang mandi pulak berjam2". Memangpun si Zaim ni kalau mandi, berjam2, siap tidor lagi dalam bilik air tu, dah kecut semua barulah keluar. "Alah, biar jerlah, dia dah besar, pandai2lah dia". "Bukan apa, nanti lambat pulak". "Biar dia rasa sendiri, kalau sekali lambat, barulah dia tahu". Time pegi keje pulak, hantar sampai pintu pagar gitu. Nasib ngkolah Zaim ....

Lagi satu I bersyukur arwah ayah I tinggalkan rumah untuk emak I ni. Yang tinggal ngan emak I ialah adik bawah I laki bini. Walaupun duduk dalam taman, tapi kawasan rumah mak I ni macam kampung, dekat ngan masjid, dekat ngan surau, dekat dengan macam2 lagilah. Kiranya, masa tua emak I ni tak disia2kan begitu saja. Tetiap hari diisikan dengan aktiviti mengaji, dengar ceramah, bertadarus dan semua benda berkaitan agama. Malam pula ajar mengaji cuma cucu dia (anak I lah) ntah bila nak abih quran. Selalunya emak I jalan kaki jer pegi masjid/surau tapi I pesan kat dia jangan dok pakai barang kemas labuh atau bawak duit banyak2, bukan apa takut bebudak sekarang nih. Itu sebabnya I suka beli kasut ker selipar untuk emak I, sebabnya setiap kali dia gi surau/masjid, I pun dapat pahala. "Nggh ... tak besar manapun pahalanya kalau tak pergi sendiri". Nah, ambik ngko, kena "sejibik". Lagi satu, walaupun kami tak mewah tapi emak I ni pun selalu jugak terbang ke luar negara, ikut rombongan "che kiah warga emas". Biasalah, lawatan warga emas mestilah menjurus ke masjid2 lama. Rasanya emak I baru jer balik dari Bandung, minggu depan nak ke Langkawi dan tahun depan ke China. Eloklah gitu ... jauh berjalan, luas pemandangan .....

No comments:

Post a Comment