Tuesday, September 6, 2011

Hari bengang sedunia

Harinih I memang bengang abih. Apataknya, traffic light simpang tiga kat rumah I sampai harinih tak direpair2 lagi. Rasanya dah masuk tiga minggu. Kalau tak direpair, jawabnya akan jem sakanlah sebabnya terletak betul2 kat kawasan sekolah. Tahulah, parents kalau park kereta ikut suka hati mak datuk jer, itulah yang jem teruk. Bayangkanlah kereta dari tiga simpang, traffic light pulak rosak, tak ke haru tuh. Jalan elok2 dua lane jadi satu lanelah sebab satu lane dah di"konker" oleh kereta2 bagak parents yang nak ambik anak memasing. Itu belum lagi bila tetiba lori sampah yang besar gajah dari dunia manalah pulak nak "tumpang lalu", memang massive jem abih. Memang hangin betul, tengah hari tadi jer, time nak balik rumah lepas ambik si kechik I kat sekolah, kat simpang tu jer dah tersangkut almost half an-hour, padahal tak beberapa menit jer dah boleh sampai rumah. Kalau I duduk membongkang jer kat rumah, memang no hal, takpalah, takyah nak kejar time, ini tak, lepas ambik anak sekolah, nak pulak berkejar ke opis. Sebelum tuh pulak, I bengang ngan satu drebar teksi nih. Ikut suka hati jer nak stop ambik passenger. "Hallo, brader, kalau nak stoppun, bagilah segenel dulu, apa gunanya ada segenel tuh, nak buat perhiasan dalam kereta ker". I pulak, nasib baiklah ntah mimpi apa malam tadi, bawak keretapun macam orang makan angin "slow n steady" jer tapi dek brek mengejut disebabkan teksi bangang nih stop tetiba, kesian anak dara I, tercampak terperosok kat bawah kerusi. Roti yang dia tengah makan tupun terpelanting kat depan. Bayangkan itu baru I bawak kereta "makan angin" belum lagi I bawak "normal drive", kalau tak, tak dapat I bygkan mcm mana impak Alea terperosok bawah kerusi. Mintak maaflah, memang kena maki dgn I lah mamat drebar teksi nih. Bukan setakat maki, siap tekan hon kat teksi tu "sekuat2" alam, geram punya pasal. Nasib baik Alea takda apa2, cuma terperanjat jer yang roti yang dia tengah makan tuh tercampak ntah ke mana. So moral of the story, pastikan anak2 kita pakai seat belt bila naik kereta, malang tak berbau ...

No comments:

Post a Comment