Thursday, September 29, 2011

Makan, makan n terus makan

Biasalah, selagi tak abih bulan Syawal, selagi tulah orang dok buat "open house". Contohnya kat ofis I nilah, rasanya non-stop sejak minggu lepas dan minggu ni pulak, setat dari hari Selasa (for the whole office), Rabu (desk international n finance) n esok (parti farewell first floor untuk kenkawan yang dipinjam bertugas ke RTM - Kak Lat Z, Sheila on 7, Hussin, Ahmad, Aton n few others). Bon voyage to all of you and "best of luck semua". Makan, makan dan terus makan, lepas tuh, komplenlah pulak ... "pasai apa aku nih gemuk, heran sungguhlah aku, pening aku memikirkannya". Weyy ... sendiri makan sendiri jawablah, ni dok tanyalah pulakkk .... Berbalik pada "open house" nih, last Thursday, I gih rumah kwn I, Ja kat Wangsa Maju. Bukan "open house" tapi more like kenduri dia nak transfer ke Johor. Rumah semi-D dua tingkat, kat Seksyen 2 (dulunya loji najis kat situ). Tak besar dan tak kecik tapi I memang kagumlah tengok. Patutnya I bawah sista I si Azean (si pemalas seantero dunia) tengok sendiri ngan mata kepalanya. For uols punya info, bilik anak dara yang dah tak dara nih, memanglah berserabut abih, tak celus kaki nak masuk, rasanya mak menti (tikus) pun minta ampunnn nak masuk. Memang malas semalasnya ya ampunn.... Nak tahu apa, rumah si Ja ni ... walllaaa ... bersih sebersih2nya. Kalau Mohaini kata rumah I spotless, rumah Ja ni bukan setakat spotless, marble floor n kayunya berkilat abih... memang berkilat, no doubt memang berkilat. Kat luar pulak, laman sekangkang kera diapun kemas sangat. I tak dapat bayangkan dengan anak kechik dua orang, maidpun datang tiga minggu sekali, rumah begitu cantik, bersih dan kemas mengalahkan orang yang duduk terbongkang kat rumah tetiap hari. Pada I, rumah, tak kisahlah kecik ke besar ke, yang penting kebersihan diutamakan kerana kebersihan itu melambangkan keperibadian kita sendiri ... sendiri mau ingat lorrr ....

No comments:

Post a Comment