Saturday, September 10, 2011

Sejuk hati mummy

Tiada yang lebih membahagiakan hati si mummy selain melihat anak di depan mata membesar menjadi insan sempurna. Tanyalah mana-mana wanita yang bergelar mummy, harapan melihat anak yang dikandungkan sembilan bulan menjadi insan berguna, bagaikan doa yang terhambur di bibir setiap masa. Biar apapun gelaran diberi -- mummy, mommy, ibu, mama, bonda, mak atau ummi - wanita ini cukup tinggi statusnya dalam kehidupan si anak. Tibanya Aidilfitri, sejuk sungguh hati mummy tatkala anak menghulur tangan sambil bersujud memohon keampunan. Itulah sebenar2nya, walaupun di mana jua anak2 berada, ingatan, kasih sayang dan doa tidak akan putus daripada insan istimewa yang bergelar MUMMY. Pendek kata, begitulah lumrahnya, kasih sayang ibu tidak bertepi, tidak berpenghujung dan tidak ada sempadannya. Kenkadang sedihkan kalau difikirkan, bagaimana gamaknya seseorang itu memisahkan seorang anak dari ibunya sendiri. Kalau mengikut hukum Islam, adalah berdosa besar bagi seseorang itu memisahkan ibu dan anak kerana secara langsung ia telah menafikan hak seorang ibu yang melahirkan anak itu. Entahlah ... kenkadang hukum Allah kita buat main2 jer ...

No comments:

Post a Comment