Sunday, March 15, 2009

Anak-anak... Anugerah dari ALLAH

Melampau, memualkan ... aper dah tak ingat dosa dan pahala agaknya masyarakat yang aku anggap macam dah tak bertamadun dalam dunia teknologi yang serba canggih sekarang ini.

Apa ke tidaknya, tetiap hari kita dok baca dalam sokkhabar, mayat new-born babies dijumpai dalam mangkuk tandaslah, dalam sungai, belukar, tong sampah, ditanam belakang rumah dan yang agak bernasib baik yang masih bernyawa ditinggalkan di surau, tandas. kaki tangga rumah orang, depan pejabat dan rumah kebajikan. Ini semua kes-kes baby yang takda bapak.
Woi, kalau nak buat kejepun, pandai2lah jaga. Ni tak, baby yang tak berdosa yang jadi korban

Yang ada ibu-bapa pulak, ada ke marahkan si bini, anak dibuang dalam tong sampah, anak kuat nangis, dihumbannya sampai mati atau direndamnya baby tu dalam kolah sampai tak bernyawa. Bodoh ke aper. Namapun baby. mestilah kuat nangis, dah fitrah macam tu. Yang buang anak dalam tong sampah pulak, elok je hukum bapak yang takda otak tu duduk dalam lori sampah seminggu, biar dia makan aje najis dan bangkai dalam lori sampah tu. Biar mampus je ...

Itulah, yang haram tu senang je dapat baby, dah dapat dibuang pulak tu. Nahuzubillah Himin Zalik. Sebaliknya yang dah kahwin pulak , bertahun-tahun tunggu nak dapat baby punyalah payah. Berusaha bersungguh-sungguh, tidak kira wang ringgit ataupun tenaga, bila dah dapat zuriat, ditatang bagai minyak yang penuh. Ingatlah, anak-anak pembawa rezeki dan mereka adalah anugerah dari ALLAH yang tiada nilainya.

Next posting, akan ku ceritakan bagaimana aku and hubby berusaha untuk mendapatkan zuriat. Dan akhirnya, selepas hampir sembilan tahun berkahwin, lahirlah seorang puteri yang kunamakan Raja Erina Soraya. Enam tahun kemudian, lahir seorang lagi puteri yang kunamakan Raja Alea Sofea.

No comments:

Post a Comment