Wednesday, March 18, 2009

Kena 'pau' kat imigresen Bintan

This time around school holiday, hubby planned to take us to Bintan Island, Indonesia for our vacation. This is not the first time going to Bintan for me and Soraya. My first trip was in 2005, masa tu I tengah pregnant and I dont really enjoyed the trip sebab mabuk teruk, not morning sickness tapi mabuk laut. Teruk beb and at the end of the day, I only spent the whole holiday trip in the hotel's room, lazying on bed while Soraya enjoying herself watching the cartoon network. Hubby, as usual would played golf.

Tapi frankly speaking, I gi mana2 holidaypun, sebenarnya I suka duduk dalam bilik je and itu sebabnya I make sure hubby ambil bilik yang mahal sikit, kalau ada jacuzzi lagi best.
Seperti biasa, kalau gi holiday mana2, I akan bawak I punya personal assistant, Dewi. Wajib beb, tak larat I nak layan I punyer Ben-10 sorang tu (sapa lagi kalau tak si kechik Alea yang memang tak diam seminit). Like the previous trip. we will be staying at the Bintan Lagoon Resort.

So on Tuesday morning, March 18, we took a flight from KLIA to Singapore and upon reached Changi Airport, we later proceed to Bukit Merah Ferry Station
. Kat situ, kenalak tunggu sampai kul 2pm before boarding a ferry to Bintan Resorts Island. One hour before boarding, myself and Soraya ambil ubat mabuk laut while Ben-10, I bagi ubat tido so that dia pengsan dalam feri. Kalau tak tido kalu, penat oii nak kawal si monster sorang ni. After one hour dalam feri, maka sampailah kami ke Bintan. Dalam kepala otak I, sampai bilik saja, terus nak landing atas katil. Oh dah terbayang kat mata. I dah tahu aktiviti hubby, mesti main golf punyer. I tak kisah sebab I pun ada plan, I nak cari channel TV3, taknak miss drama 'Spa Q' yang dah nak abih episodnya. So, sampai kat imigresen Bintan, family I semua lepas kat kastam tapi si Dewi pulak tersangkut. Amboi, seriusnya pegawai kat imigresen tu padahal si Dewi ni asalnya orang Indon jugak. Tanya Dewi macam2, macam nak "under table money je' , siap suruh hubby jumpa another officer tuk settle the problem. Memangpun, sempat Dewi bisik kat I, "kak, dorang nak duit tu kak".

Macam biasalah, I ni cepat menggelabah sikit, hati dah mula main lagu dangdut Haiza "dag dig dug daq dig duq". Hilang kejap semua angan2 I nak landing atas katil. Sementara hubby settlekan problem tu, I gi ambil beg, tapi hati risau tak abih lagi. Apa kata kalau tak settle, nak kena balik Singapore ke, alamak tak sanggup nak naik feri balik. Dalam I dok sibuk tanya jawab sendiri, tanya jawab sendiri, hubby tiba2 muncul cakap semua dah settle. Yang herannya, kalau ikut undang2, memang passport si Dewi takda apa2 masalah, baru renew lagi. So, memang sah dan sahihlah, dorang memang nak pau je. Bagi duit, lepaslah. Moral of the story, ada wang semua boleh jadi. Pau pun paulah, daripada kena banyak soal, hulur jelah duit. Janji, our vacation this time mesti happening punyer. I nak ambil banyak gambar sebabnya I nak masukkan dalam blog I.

Oklah, jumpa next posting, chow chin chau ......

No comments:

Post a Comment