Saturday, March 28, 2009

Apsal pompuan so obsessed ngan kecantikan

Apsal pompuan so obsessed ngan kecantikan? Itulah fitrahnya. Ingat, pompuan ada 99 nafsu dan itulah salah satunya. Lelaki satu nafsu jerr... yang tu ajelah (hi..hi..hi). I pun malas nak cakap pasal orang sebab I pun suka pada kecantikan tapi taklah terlalu obses sangat. Setakat gi facial, manicure, pedicure jelah.. and sekali sekala gi buat Thai massage. Tak terlintas lagilah nak gi buat liposuction walaupun berat badan dah naik membuak-buak. Setakat sapu krim kat bahagian yang banyak lemak tu adalah.

Ada gak Dr tempat yang I buat facial tu tanyer I, "You tak ingin ke buat botox ke, filler ke, ramai artis buat ngan I". "Rasanya taklah kot, tak berani I, rasanya facial nipun dah cukup".
Tambah-tambah lagi, bila baca sokhabar, banyak side effect bila dah buat benda2 ni and yang paling latest, pompuan muda yang mati lepas buat liposuction. Pelikkan. muda lagi tu, badan bukannya gemokpun, lainlah macam I, dah lebih daripada ideal weight.
Sebenarnya, kita kena bersyukur dengan pemberian Allah, buat apa kita nak ubah-ubah. Yang penting jaga diri, buat exercise banyak-banyak (selalunyer hangat2 tahi ayam je) dan maintain apa yang patut.

I gi facial sebab I ada problem pigmentation especially lepas beranak yang nombor dua ni and then tu sebab terlalu expose kat matahari. Entahlah, bila masa I gi kat mataharipun tak tahu sebab all the while memang duduk dalam bilik aircond je. Dah nak ada nak buat camner. So, apa yang I buat sekarang ni, nak controlkan pigmentation ni dari terus membiak. Itu ajer ... Kadang-kadang, I peliklah tengok orang lelaki, takyah nak risau-risau. Contohnya, hubby, main golf dalam tengah hari "lak lik lak lik" pun, kulit ok, cuma gelap jerlah. Takda pulak kuar pigmentation ker jerawat ker. Cuci mukapun ala kadar je, takyah guna krim branded2. Kita yang pompuan ni, segala krim ditepeknya, tak gak cantik-cantik.

Macam manapun, pompuan memang perlu jaga kecantikan dalaman dan luaran. Bukan semata-mata untuk suami tetapi untuk diri sendiri sebenarnya. Tambah-tambah golongan profesional yang sentiasa kena berhadapan dengan orang ramai sebab personaliti tu penting.
Bak kata mak I, "serikan muka tu ngan air sembahyang jerr.. lagi asli dan selamat". Memang betulpun .....

No comments:

Post a Comment