Tuesday, May 12, 2009

Pelikkan manusia

Kenkadang dunia ni memang pelik. Orang yang sembahyang tonggak tonggek, puasa tak tinggal, puasa sunat Isnin Khamis, ceramah ugama taknah miss, tapi air muka tak pernah jernih. Masam jer memanjang ... nak kata mati laki ke bini, lakipun takde, binipun takde, nak kata duit takde, duit sampai matipun makan tak abih tapi entahlah ... muka taknah senyum langsung. Sekali tengok macam muka plastik. Tak paham I. Itulah I kata manusia ni memang so the pelik one. Apa salahnya senyum sikit, senyumkan rezeki namanya.

Kenkadang jugak, orang yang sembahyang tak tinggal aka selalu ke mesjid, tak semestinya hatinya baik. Silap2, dialah ketua segala "modus operandi", orang nak hidup senang, macam2 boleh dibuatnya. Perancangan dan lakonan segala bagai perlu diatur dengan teliti. Bak kata ustaz, benda yang tak baik tulah, yang dimakbulkan cepat, yang baik tu, lambat banyak, bukan lambat sikit. "Rambut sama hitam, hati lain-lain. Tepuk dada tanya selera", kelakarlah, orang yang cakap kat I phrase ni patut "suluh dulu muka engkau yang mulut macam (kena sensor) kat cermin. Sukalah engkaukan".

I nikan lah, walaupun banyak benor dugaan Allah turunkan, tapi masih mampu tersenyum dan ketawa. I percaya semuanya bersebab tapi insyallah, Allah duga kita sebab Allah sayang kat kita. Kalau Allah tak duga kita, kita akan lupakan Dia, dan I yakin satu hari nanti, sebagaimana Allah duga I bertimpa2, macam tulah jugak Dia turunkan hikmah yang bertimpa2. Hanya masa dan waktu sahaja yang menentukannya. Apa yang perlu I buat banyak bersabar, bersolat dan berdoa. Nak mintak tolong orang, takyahlah, ditikam dari belakang adalah. Itu semua jadi pengajaran pada I. Betul-betul serik I dibuatnya.

Lagi satu, macam mana kita tahu orang tu ikhlas ke tidak. Ada tulih kat dahi ke. Bengangkan kalau kita betul2 ikhlas, tapi orang tuduh kita macam2. Bukan itu sahaja, siap diwar2 kat orang luar tu. I taklah berapa tinggi ilmu agama, tapi I rasa itu macam dah menjatuhkan maruah orangkan. Prinsip I satu, I memang seorang yang berpegang pada rahsia. Kalau I rasa benda tu tak berbaloi nak citer kat orang, memang I takkan citer hatta kat hubby sekalipun. Kalau tahupun dari orang luar bukan dari mulut I. Tapi sapa tak sakit hatikan kalau maruah kita dicalar balarkan.

Tapi takpelah, kita sabar jelah. Allah sentiasa bersama orang yang bersabar. Amin..

No comments:

Post a Comment