Monday, May 4, 2009

Nauzubillah, mintak dijauhkan ALLAH

Semalam I pegi rumah mak kat Selayang, saja jer, padahal minggu lepas dah pegi. Sementara ada mak, pegi menjengok apa salahnyer kan. Biasalah, sampai sana jer, menjadilah "buruk lantak" I ni, tambah2 mak I masak laksa. Sambil makan tu, I selaklah tudung saji, mak I cakap, "nasikpun ada tapi lauknyer takde, tak buat apa pun, buat sambal tumis cenenggeng ayam ngan terung cawing goreng ngan ikan masin dengan cili".

"Wohhh...apa pulak takder lauk, itukan lauk, sedapnyer", biasalah orang "buruk lantaknyer" reaction.

Sambil makan, sambil berborak. Adek I si Azean "si pengukur jalan" tupun ada.Ehh ... baik pulak si pompuan ni. Selalunyer, kalau I datang, boleh dikira dengan jari, dia ada kat umah. Biasalah, anak dia postkan kat babahnyer, dia pulak melaram. Takperlah, asalkan pandai jaga diri, oklah tuuuu...

Dalam pada berborak tu, mak I pun citerlah, "keluarga makcik tu dah pecah belah, semuanya pasal hartalah". Terkejut badak I sebabnya I tahu family tu memang kuat dan patuh agama. Ingat lagi bila makcik tu punya suami meninggal, semua anak2nya khatam satu Quran sedekahkan kat arwah. Yelah, selalunya kita setakat baca surah yasin jer ... macam mana nak baca habis satu Quran, menderaspun jarang.

Pada I, mak paling I hormat, begitu juga MIL sebab kata2 mak atau MIL umpama satu doa. Memang kenkadang tu, adalah I berselisih faham ngan mak or MIL tapi cepat2 mintak maaf. Bukan apa .... takut. Kita rasa cakap kita biasa2 jer tapi hati ibu ni cepat terasa dan sensitif.

Berbalik pada citer mak I tadi, apa yang memeranjatkan I, adik beradik dorang dah jadi dua team. Si sulung lelaki ngan si bongsu pompuan satu team, si nombor dua and tiga (dua2 pompuan) satu team (team ni kira hidup mewah dan senanglah sikit). Yang sulung pompuan memang sakit dari dulu, jadi takdelah team. Bayangkan mak sendiripun tak dijengah walaupun memasing duduk dekat. Yang tak malunyer, boleh pulak citer keburukan mak sendiri kat orang lain. Bila ada kenduri, duduk pulak berpuak2, lepas tu buat hal masing-masing.

Itu takper lagi, yang memang langsung I tak boleh terima bila si sulung yang memang arif tentang ugama boleh cakap kat orang "bila lagi orang tua tu nak mampus (whom he refers to his own mother)".

"Ya, ALLAH, ya tuhanku, sampai hati seorang anak boleh berkata-kata demikian kepada seorang ibu dan mengharamkan ipar2 lelakinya menjejak kaki di rumah emaknya sendiri dengan alasan emaknya dijaga sebab mereka nak harta semata2. Astaqfirullah.. halazim, semoga Allah jauhkan aku daripada tersimpang jauh sebegini".

I tanya balik mak I, "dah buat kat mak sendiri camtu, senang ker hidup dorang". Spontan mak I jawab, "tengoklah sendiri, caca marba jer". Memangpun bila tengok ngan mata kasar, tak ke manapun hala tuju dorang ni.

Selepas dah berjam-jam lepak kat umah mak I, I pun mintak diri nak balik. Dalam kete, tak abih2 I ingat balik apa yang mak I citer tu dan tak abih2 mulut I dok doa, "janganlah aku buat kat mak aku macam tu, mintak dijauhkan ALLAH".

No comments:

Post a Comment