Wednesday, May 27, 2009

Aduhai, tingginya maintenance anak2 I

I pun heran jugak tengok anak2 abang dan adik I kebal2 belaka. Mainlah hujan ker, lumpur ker, pasir ker .... relaks jerr, langsung tak heran dorang. Setakat berkudih tu biasalah, ini tak, demam ker selesemapun tak kena. Anak2 orang lain kalau main pasir jer, wajib kena tungau. Tahu tak apa tungau tu? Tungau tu kalau ketit kat "bird" budak lelaki, harus bengkak, seminggu tak tentu surut lagi.

Kagum sesungguh kagum betul I tengok bebudak ni. Mak ayah dorang lagi lah tak kisah, tak angkat pot langsung "lantaklah kat korang, jangan ada yang terbongkang dah." I ramai anak sedara lelaki, memanglah lasak, pompuan cuma boleh dibilang ngan jari sebelah tangan jer. Anak lelaki kalau tak lasak, bukanlah anak lelaki namanya, kang jadi pon-ponlah pulak. Kenkadang I marah gak kat adik lelaki I yang selalu sebat anak dia, ikut dan apa ada kat tangan, terus belasah. Memanglah kalau ikutkan hati, geram betul tengok bebudak ni tapi I percaya budak kalau dah selalu kena sebat, dorang lagi dah lali, sebatlah dengan rotan besar tapak tanganpun, dorang sikit tak sakit.

Yang I ni punyalah jaga bagai nak rak anak2 dara I tu, lotion baby tu jangan cakap, rasanya sebulan tak sampai sebotol, tapi kulit masih lagi sensitif. Bukan biasa2 punya lotion, lotion jer dah sampai Rm70 sebotol, mengalahkan product skincare I lah pulak. Tapi nak buat camner sebab dua2 anak I ada eczema, takleh kena kotor langsung, habuk apa lagi. Bukan setakat lotion, baby bathpun mesti yang khususnya. Semua kena doktor yang rekomen. Kalau tak dijaga, kulit jadi kasar. Tapi according to doktor, eczema ni akan hilang bila sampai certain age. Alhamdullilah.

Itu belum kena gigit nyamuk lagi. Contohnya si Alea, kalau kena gigit ... nah ambik engko sedebuk bengkak tangan or kaki dia .... dan dan tu jugak naik bengkaknya. Memang sensitif sungguh. Padahal, sebelum kuar main tu, dah sapu abih losyen nyamuk. Kat umah I tu, sebut jer lotion ape yang takde, semua ada ... ada satu lotion nyamuk "Johnson n Johnson" tu kat Singapore jer yang ada jual. Itu sebab I kata maintenance untuk anak2 dara I ni tinggi. Kalau gi doktor, mestilah ratusan ringgit, yelah, apa tidaknya, consultation fee jer RM100, cakap tak sampaipun 10 minit. Masa baby, anak2 abang dan adek I, gi hospital kerajaan, dapat jab biasa jer tapi anak2 I bukan setakat jab 3 in 1 tapi 5 ke 6 in I lagi. Tapi I akuilah, tang penyakit lain, insyallah, anak2 I terlindung disebabkan extra jab nilah.

Lagi satu kalau I balik Selayang, mak I cukup risau sebab anak2 dara I ni consider "fragile" kalau nak dibandingkan dengan cucu2 jantan dia yang lain. Yelah, cucu2 jantan mak I, bergurau memang kasar dan cakappun ikut suka hati dorang jer. Separuh perkataan tu patut kena sensor lagi. Ada sekali tu, perkataan b*** tu bermain kat mulut. Asal gaduh jer, perkataan tu jugak yang kuar. I memang pantang sikit part2 ni sebab anak2 I memang tak didedahkan dengan perkataan2 yang tak berapa elok didengar.

Dan disebabkan kulit anak2 dara I begitulah sensitifnya, mak I pun cukup risau kalau Alea kena gigit nyamuk tapi I kata "nak buat camner, bukannyer kita boleh control nyamuk tu, biarlah dia lali sikit". Sebenarnya, anak I especially Alea memang suka gi rumah nenek dia, bukan apa, dia takder kawan kat umah, bila dapat kawan dengan sepupu jantan dia yang sama taraf lasak ngan dia, lagilah dia excited. "Alahh,.... Alea ni pun jenis lasak, macam jantan gak perangai dia, lagipun bukan selalu dia nak melasak ngan cousin2 dia tu".

Anak sedara I ada 11 orang. Anak abang I yang sulung - Adib, Habibi Mastura (I panggil Amy Mastura), Amir, adik Amir (I lupa nama dia), Najihah dan Aqilah. Anak adik bawah I pula namanya Adam alias Gemuk alias Bob Beder (Bob the Builder - pantang bawak jalan abih bulldozer dikiranya); anak adik bawah I lagi (tiga orang) - Asraff, Akmal dan Adawiyah (jangan main2 ko nama begitu klasik lagi) and anak adik pompuan I pulak sorang jer, namanya Hakimi (dia ni selalu over excited tak tentu pasal).

Anak adalah rezeki kita, lagi ramai lagi banyaklah rezeki yang dorang bagi. Camnerpun I, cukuplah dua orang, itupun tak cukup tangan nak layan. I tak kisah berapa banyak kena kuar belanja untuk dorang sebab apa2pun kita mesti nak yang terbaik untuk anak2 kita. Maklumlah masa I kecik2 dulu tak dapat merasa semuanya.

Sekali lagi Alhamdullilah, bersyukur I kepada ALLAH SWT kerana rezeki yang dilimpahi setiap hari kepada I sekeluarga.

Amin ....

No comments:

Post a Comment