Monday, May 11, 2009

Hari Ibu, Hati Seorang Ibu

Sorrylah, kalau I asyik dok bercerita pasal anak2 I. Biasalah dah namapun mak, mestilah anak2 sentiasa di hati. I ngaku I jarang dapat main ngan anak2 I. Masa I ngan anak2 terlalu terhad, kecuali hujung minggu, itupun kalau I tak keje hari Sabtu. Keje I ikut shift, masuk tengah hari atau petang, balik malam, anak2 especially Soraya dah tido sebab siangnya dia banyak aktiviti, cepat penat, cepatlah tido. Cuma yang si Ten-ten jer yang akan sentiasa tunggu I. Ten-ten tu umpama kembar I, dia memang sayang sungguh kat I and I sayang ... sayang...sayang sungguh2 kat dia ngan kakak dia sekalilah.

I memang banyak bergantung pada maid. Nasib baiklah I dapat maid yang ok, dari dulu sampai sekarang ... alhamdullilah. Maid ni kena layan ngan baik, jangan dok selalu herdik, tengking dia, diapun nak orang respect dia jugak. Kitakan semua manusia biasa, mestilah ada rasa saling hormat menghormati sesama kita. Misal kata dia nak mengadu domba kita, itu antara dia ngan ALLAH sebab kita dah layan dia sebaik mungkin.

Memanglah kalau dengar orang cakap, "I saja tak kerja, nak tumpu pada anak, nak jaga anak, nak masak sendiri untuk anak, nak bagi anak makanan yang berzat2, nak basuh berak anak. Tak boleh nak harapkan kat maid, nanti anak ikut macam maid. Ini tidak, kalau asyik kerja jer, anak2 kena serah bulat2 pada maid, tak pandai dorang nanti".

Eeeee... pleaselah, menggelegak taik telinga I dengar. Senanglah cakap kalau awak tak keje, abih mak2 yang keje, yang nak cari duit, tambah pendapatan, nak tak nak kena juga berbaik ngan maid. Kita sekaya manapun, eloklah keje, pegang duit sendiri, kalau jadi apa2 kat kita, senanglah kita berdikari.

Memang I ngaku, maid I yang buat semua, basuk berak anak, masak untuk anak, mandikan anak dan buat almost segala2nyelah. Tetapi. itu tidak semestinya seseorang itu boleh menuding jari mengatakan kita tak pedulikan anak langsung dan mendabik dada seolah2 dia saja ibu dalam dunia ni yang pentingkan anak2. Pirahhhhh ....

Macam yang I cakap awal2, I memang jarang dapat spend quality time ngan ngan anak2 tapi dorang still rapat ngan I. So. I make a point, hujung minggu mesti I bawak dorang especially si Ten-ten gi melasak kat maner2. Tak kisahlah kat McDonalds ke or kat Kidzports ke, ikut yang mana sempat.

Tapi, I bukan nak puji melambung anak2 I ... memang well behaved. Kalau gi rumah sesapapun, taklah lasak macam anak orang lain. Linyak atas sofa, lompat atas meja, lari kulu kilir macam monyet lepas kandang, yang si mak tengok jer ... terbelip-belip biji mata tapi tegurnya tidak. "Yelah, buat apa nak tegur, bukan rumah kita, rumah orang, lantaklah kalau anak2 kita nak mengecah, kalau rumah sendiri, mana berani anak nak kecahkan". Yelahh tu, otak kalau letak kat kepala lutut memanglah macam tulah attitudenya "pedulik apa, rumah orang".

Lagi satu, si Ten-ten kalau bawak jalan, memang senang nak control sebab dengar kata. Budak2 yang tak dengar kata ni kononnya budak yang pandai ... pandai ker ???? Berlari ke sana, berlari ke sini, bila tahan, bila tegur, nangis tergolek2. Si Ten-ten kalau main, bila times up jer, I panggil "Alea, is time to go back", dia cepat2 gi ambik kasut, tak banyak soal langsung.

So, sebenarnya, setiap ibu tu ada cara masing2 nak mendidik anak2. I memang jenis relaks punye tapi tak semestinya I langsung tak pedulik anak2. I percaya bukan I jer tapi orang lain jugak mungkin tak tahan kalau ada yang dok puji diri sendiri yang dialah yang paling pandai, paling terbaik, paling ambil berat tentang anak2. Tolonglah, orang menyampah dok dengar.

Camnerpun, sejuknya hati seorang ibu bila pagi2 lagi Soraya called and wished me, "Mummy, Happy Mother's Day. I love you mummy". "Love you too, sayang".

2 comments:

  1. betol3x..mmg ramai yg membiarkan saja anak² terloncat² gi rmh org..kebanyakkannya lak kena kat mak ayah yg dok canang anak dia baik segala²nyer hehe..

    biarlah org nak kata aper kak lin..janji kita tau anak kita yg pasti diorg well behave kan sopan gituu..;-) klu lasak kononnyer pandai..x de maknanyer sampai buat org lain rasa sakit hati betoi x..;-)

    ReplyDelete
  2. Budak2 nipun satu, kalau kat umah orang, macam kapal karam dibuatnya tapi kat umah sendiri, taklah pulak, macam lepas geram jer. Mak bapak tengok jerr. Camnerpun, walaupun anak kita taklah berapa bijak tapi yang pentingnya well behaved dan dengar kata. Kalau nak pandai, pandai jugak, takyah nak canang2 kat orang kann.

    ReplyDelete