Wednesday, December 30, 2009

Beg LV dah bersepah2

Sekarang ni, among branded handbag yang faling fofular ialah LV Vuitton (betul ke I eja ni). Semua orang nak pakai handbag cop ni sampaikan hari tu masa I gi pasar malam kat Bangsar, nyonya yang jual ikan kat situpun dok kepit bag LV cakap lu. Tangan dok sibuk bungkus ikan, kat ketiak kepit handbag cop LV lagi, jangan maree . "Wei, ko jangan ingat tu bag imitation, silap2 oliginal lagi, kalah kita yang keje pejabat ni". Bukan apa kat Mesia ni, sejak Datuk SN usung handbag cop ni, ramai juga nak jadi macam Datuk ni, mampu ke tak mampu, wajib pakai beg cop LV. Yerlah, orang lain bergaya, kitapun nak gak bergayakan, kalau dulu asyik2 pakai handbag Bonia, Sembonia, Sachs, apalah salahnya kan dah ada duit ni, pakai yang "mehe" sikit. Biar imitation gred A, asalkan orang tengok kita macam "Mak Datin", itu yang fentingnya. Biasalahlah, orang kenkadang yang tak mampu tu "lebih kerak dari nasik", orang Perak pulak cakap "Biar pape asal bergaye, alang2 laki dah botak, botakkan lah dia lagi". I pun usung gak handbag cop LV ni, hubby yang belikan, cukuplah rasanya dah dapat ngasa pakai dua handbags and satu purse cop LV ni. Nak tengok??? "Takyahlah, malas akak nak postkan gambonya kat sini, nanti orang kata akak nak menunjuk2 pulak. Alangkan masa akak tulih yang akak "goes for branded item" dalam earlier entrypun, dah ada orang mengata, inikan pulak tayang handbag tu kat sini, lagi berkilo2lah umpatannya." Kesian betul I kat spesis2 macam nikan, "dah tak ada keje lain agaknya, tak abih2 nak menganyam ketupat".

Tapi memang betullah, handbag yang "mehe dan branded" ni selalunya tahan lasak dan lagi lama kita pakai, kulitnya akan bertambah lembut ... pendek kata puas hati sesangat2 dan macam orang tua2 cakap "alah membeli, menang memakai". Tapi, lately ni, I dah tak bape nak fancy lagi handbags sebab I rasa dah banyak sangat collection handbags I. Lagipun "cukup2lah tu, membazir tu kan, sahabat syaitan", baik I guna simpan duit tu dalam ASB, boleh gak duit tu beranak pinak. Orang kata, setakat nak tunjuk gaya tapi duit takdapun tak guna jugak kannnnn .....

No comments:

Post a Comment