Tuesday, December 22, 2009

Hanger "custom-made"

Pagi tadi, I bawak anak2 gi One Utama dulu, nak cari kotak isi baju2 yang lama ngan lebihan toys si Alea. Balik, hantar anak kejap, bersiap, lepas tu gi kerja tapi sebelum tu sempat lagi gi Wangsa Maju. Sebenarnya I nak cari hanger baju. Hanger baju yang I suka ni hanya ada kat kedai ni jer, tokeh kedai tupun dah kenal I. I ni memang spesies yang pelik dan cerewet sikit. Hanger baju kat rumah I, either warna hitam atau putih sahaja, dan bentuknya sama dan tidak ada dijual di mana2 supermarket, hypermarket hatta Mydin sekalipun, kiranya hanger I ni macam "custom-made"lah. Itulah sebabnya I tahu sama ada hanger baju yang diguna kat rumah I tu hanger yang I beli ataupun orang lain punya. I siap pesan kat Dewi, "baju akak, guna hanger yang akak beli saja, lain daripada rupa yang akak beli, akak taknak, tukarlah cepat2". So, kalau ada hanger yang "dempak2" tu, yang lain daripada yang lain, "sorry, itu bukan akak punya".

No comments:

Post a Comment