Tuesday, December 29, 2009

Umpama mimpi dalam mimpi

"Umpama mimpi di dalam mimpi", I tak ingat group mana yang nyanyi lagu ni tapi itulah hakikat kehidupan kita seharian. Kenkadang benda yang tak disangka2 itulah yang akan terjadi dalam sekelip mata. Sebelum tu, I nak ucapkan takziah kepada kawan I di atas pemergian suaminya yang dikasihi yang telah menyahut seruan Ilahi pada hari Sabtu 26 Disember, 2009, pukul 7.45 malam. Arwah telah terlantar koma hampir empat minggu setelah diserang strok. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah dan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman. Dan yang paling membanggakan, anak tunggal arwah sendiri yang mengimamkan sembahyang jenazah untuk arwah. "Sejuk hati arwah", kata mak I bila I cakap kat dia. Untuk kawan I pulak, semoga tabah menjalani kehidupan, sekurang-kurangnya Allah dah beri dia peluang untuk dia menjaga suami sepanjang arwah coma. Bak kata kawan I si Liza, "pemergian macam itu kita sentiasa redha kerana ia adalah ketentuan Ilahi jika dibandingkan dengan perginya suami meninggalkan isteri tanpa khabar berita umpama gantung tak bertali". Pada hari pengekebumian, I ngan beberapa kawan ofis berkumpul kat masjid untuk turut memberi kekuatan pada kawan I ni. "Hari ini hari dia, esok2, kita tak tahu, mungkin hari kita pulak". Jika diimbas balik , macam tak percaya jer, tapi itulah, hakikat kehidupan. I kenal jugak ngan arwah tapi kurang bercakap kerana arwah seorang pendiam.

Satu lagi, memanglah kita kenkadang suka berahsia, bukan apa, cuma taknak menyusahkan orang lain jer tetapi ada ketikanya "kalau nak berahsia, mestilah bertempat". Misalnya, "part sakit2 ni", eloklah diwar2kan kepada mereka yang terdekat. Contohnya, kawan seofis (bukan apa, sekurang2nya kawan seofis boleh faham masalah kita dan boleh "give and take"), rakan taulan dan sedara mara yang lain. Bila kita war2kan kat orang, mereka juga akan turut mendoakan kesejahteraan kita. Contohnya, hari tu masa I melawat arwah semasa dia masih kat hospitlal, boss I cakap kat I, "You pegilah, I kat sini tolong mendoakan jerlah". Amin dan itulah yang I maksudkan. Memangpun, kadang2 kita taknak orang lain menyusahkan diri melawat kita or sedara mara kat spital tapi pada I "terpulang kepada masing2", kita tak boleh halang orang nak melawat kita dan kita takleh paksa orang lain daripada jangan mendoakan kita kan. Ntahlah, mungkin belum tiba masa I, senanglah I cakap tapi benda2 "ciput" macam nilah yang kenkadang boleh timbul rasa "kechik hati" pada sesetengah orang. Last but not least, "dari Allah kita datang dan kepada Allah kita dikembalikan".

No comments:

Post a Comment