Friday, December 11, 2009

Ujian Allah

Selagi bernama manusia, selagi itulah kita tidak boleh lari dari ujian Allah. Berbagai jenis ujian, ada yang "biasa-biasa" jer dan ada yang diuji agak berat, melibatkan fizikal dan emosi. Bak kata orang, "berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul". Benda nak jadi boleh sekelip mata dan tanpa disangka2. Sapa nak tahu, hari ni sihat walafiat, tetiba esok "gedebuk jatuh sakit". Apa2pun, setiap orang perlu redha dan sesungguhnya "Allah itu menyayangi kita, kalau tak uji, kita mungkin lupa kepadaNya". Baru-baru ni, tanpa disangka2 suami kawan I yang lebih kurang seusia ngan I, kena stroke dan sampai sekarang masih lagi coma. Sebelum ni juga, suami kawan I yang lebih berusia, juga diserang strok, tapi sekarang dah ok sikit walaupun tak sesihat dulu. Itulah, nasib masing2. Kawan I tu masih lagi di hospital berjaga siang/malam, mengharapkan suami tersayang segera bangun dari coma. Kesian dan semoga dia banyak bersabar. Apa yang terjadi kat kawan2 I ni, membuatkan I selalu beringat yang apa Allah uji I selama ini tidaklah seteruk mana. Kita selalu rasakan ujian yang Allah turunkan kat kita teruk, padahal ada yang lebih teruk dari kita. Contohnya I, walaupun diuji secara emosi tetapi alhamdullilah "tak tahu dari mana datangnya kekuatan dalam diri ... kehidupan masih macam biasa, tak luak apapun, makan sentiasanya lalu dan tidorpun tidor mati sampai pagi". Orang lain, contohnya kawan I yang hubby kena strok tu, siang malam kat hospital, jaga suami .... pendek kata diri sendiri tidak terurus, yang pastinya mesti tak lalu makan dan tidorpun tidor2 ayam jer. Morale of the story, "bila kita rasa down tersangat2, ingat, ada orang lain yang kena uji lebih teruk daripada kita, so, berisytifarkan cepat2, ingat pada Allah". Tetapi, memanglah tak dapat disangkalkan juga sebagai manusia, macam mana kita kuat sekalipun, sekali sekala kita perlu menangis sebabnya bila dah menangis, habis beban dalam hati tu terkeluar dan kita rasa teramat lapang sekali. Sekali lagi, alhamdullilah kepadaMu Allah kerana memberi kekuatan pada I untuk meneruskan kehidupan.

p/s:

Mintak2 maid I si Dewi baliklah bekerja semula ngan I. Janji balik Ahad ni, tak tahulah. Kalau tak, tiga bulanlah I kena tunggu maid baru. Bukan senang beb, nak trained maid baru. Si kechik Ipun dah kurus sikit sebab tak nak makan.

No comments:

Post a Comment