Tuesday, December 15, 2009

Me, sceptical ???

"I ni sceptical sangat ke, entahlah mungkin ya mungkin tidak". Tapi kalau nak ikut cakap kawan I yang baru sahaja berposting ke overseas, malaun sorang ni kata I ni terlampau sceptical, "the very2 sceptical one". Menurut pendapatan melaun sorang ni yang sememangnya lebih tinggi dari I, dia selalu kata "Ko selalu ingat orang berfikiran macam kau, contohnya, kau kata orang Melayu sekarang ni tak suka duduk apartment, nak cari rumah ada tanah sebab kau dah set kaunya mind macam tu. Kau mana tahu kot2 orang Melayu zaman sekarang ni lebih suka duduk apartment/kondo sebab lebih secure". Betul jugak. Banyak sangat benda yang I begitu skeptical. Benda ni timbul bila I war2 kat dia yang I cadang nak jual apartmen I tapi takut tak laku sebabnya "I rasa sekarang ni orang Melayu tak suka duduk apartment, lebih suka cari rumah yang berhalaman". Apartmen yang I beli tu bertaraf bumi so, I kenalah cari bumi buyer tapi masalahnya ada ke orang Melayu nak beli. "Kau cubalah dulu, advertise, apartment kau tu besar, corner lot lagi, kau tak test market lagi, kau dah kata susah nak laku". Yerlah, I should give a try first kan, "tak cuba tak tahu", bukan apa, bagi orang sewa memang ramai bersusun nak tapi lecehlah, banyak benda kena monitor dan paling tak larat kalau tetiba dapat surat bayar maintenance, "berpeluh ketiak akak tengok angkanya". So, kalau kawan I dah bagi encouragement macam tu, I nak tunggu apa lagikan, "cepat2lah bertindak, suruhlah ejen I carikan buyer dengan kadar segera" tapi there again tak abih2 lagi I punya perasaan sceptical ni, "boleh ke laku yek, ada ke orang nak beli?"

No comments:

Post a Comment