Sunday, June 27, 2010

Alea's 4th "burst day"



Hari ni 27 Jun, hari jadi Alea. Pejam celik, pejam celik, rupa2nya dah empat tawon I "memburst"kan Alea ke dunia ini. Walaupun hari nih "burst day" dia, I dah "pre-celebratekan" kat sekolah dia pada hari Jumaat lagi. Siap bertemakan "Ben 10", dari kek "Four Arm" yang I tempah kat Secret Recipe sampailah ke goodies2 semua ada "Ben-10"nya character. Pinggan, balllon semuanya pun ada gambar "Ben-10". Memang kena berbelanja lebih sikit tapi I puas hati sebab si kechik nih happy sangat sebab bila buat kat sekolah, "wajib makronah" kenkawan mesti ramai punya. Memula ingat nak buat kat rumah, panggil kenkawan sekolah dia tapi I rasa tak semua boleh datang, so I "made up my mind", eloklah "berbesday party " kat sekolah jer. Walaupun tak "selavish" party Soraya sebelum2 nih, yang penting semua orang happy. Alea or hubby I panggil "gumuk" bukannya gumuk mana pun cuma pipi dia jer yang "meloyot". Alea nih kuat makan, kuat tengok TV dan kuat tido macam mummylah. Pernah satu pagi tuh, si kechik nih tanya si Dewi, "Kak Wiwi, mammee ner (mummy mana), mammee nih kuat didorlah (tidor), mesti tak mandi lagi macam Aya". Tang rupa pula, memang "sejibik kembar" I, saling tak tumpah, tak payah membazir duit buat DNA sebab sah2 anak I. Bukanlah I nak memuji, tapi dari lahir lagi, anak dara kechik I nih memang comey. Bukan I saja2 nak cakap tapi kenkawan boling I pun memang sukakan si kechik nih. Dan tak padan ngan kechik, tulang dia memang kuat, "kalau dia debik I, boleh bengong I kejap". Baby pre-mat I nih hidungnya mancung, mungkin ikut hubby, kening memang kelas gituh (idaklah berserabai or jarang2 or botak terus) dan mulut mungil "ala2 Angelina Jolie" lagi. Kalau hari Jumaat lepas, I buat party kat sekolah, so harinih I balik Selayang, celebrate ngan cousin2 "monster" nya tuh. I saja jer buat lebih party packs sebab nak bagi kat "monster2" nilah. Kebetulan si Neddy, cousin I dari Negeri Sembilan turun, so dialah bacakan doa selamat untuk anak dara kechik I nih. Untuk Alea, "Happy Birthday sayang, Mummy loves you so much, Alea. Alea dan kakak adalah jantung hati Mummy. Walau apapun terjadi, walaupun kasih sayang telah direntap dari Mummy, Mummy will always love both of you".

No comments:

Post a Comment