Monday, June 21, 2010

Happy Father's Day

Semalam Hari Bapa. Bapa I yang I panggil ayah dah lama meninggal dunia, rasa2nya lebih 10 tahun dah. Ayah I meninggal pada waktu asar, sehari selepas dia jatuh di bilik air, juga pada waktu asar. Kiranya arwah meninggal begitu mudah. Pada hari arwah ayah meninggal, sepupu I yang kat Perakpun kebetulan meninggal pada hari yang sama. I dimaklumkan oleh seseorang yang dia terperanjat apabila dapat berita mengatakan ayah I meninggal. Badan arwah sepupu I semasa meninggal tupun kebiru-biruan, maknanya arwah sepupu I tuh ada sejarah penyakit jantung dan meninggal akibat serangan jantung. Memandangkan sedara mara semua ada kat KL, berkumpul kat rumah I kat Selayang, maka dengan persetujuan sebulat suara, jenazah sepupu I yang kat Perak tupun dibawa ke Selayang tetapi dikebumikan di tempat berasingan. Ada juga yang datang menziarah terperanjat kerana ada dua jenazah kat rumah I. Ajal maut di tangan Allah, hari ini kita sihat, esok2 tak tahu lagi.

Sempena hari Bapa nih, I nak ucapkan "Happy Father's Day" kat hubby. To hubby, thanks for being a great husband and amazing papa to both our gorgeous princesses. Your love is priceless to all of us ...

No comments:

Post a Comment