Wednesday, June 30, 2010

Perginya seorang rakan

Rasanya, I jarang menangis kalau ada sesapa yang meninggal kecuali keluarga terdekat. Sedih memang ada tapi mengalir air mata, rasanya memang jarang sekali. Tetapi berita yang I dapat pagi tadi dari HH menyatakan seorang rakan sepejabat dan juga rakan bowling kami, Syarif (dari bahagian TV) telah meninggal dunia pada awal pagi, betul2 menyentap hati. Rasa macam mimpi gituh. Bila I baca SMS tuh, air mata I tak semena2 mengalir. Sedih, sedih dan sedih sangat. Kami group bowling nih memang akrab sekali, macam adik beradik dan I diibaratkan seumpama "kakak sulung" sebab I sorang jer yang dah melewati usia 40 carat. "Innalillahhiwainnailaihirojiun, semoga arwah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman". Walaupun baru kenal dalam tempoh dua atau tiga tahun nih, secara lahiriah Syarif merupakan seorang kawan yang baik sekali, humble, kelakar, family man tetapi agak pendiam. Setiap kali ada league bowling, arwah akan usunglah "rombongan cik kiahnya" iaitu tiga orang anak - kakak (8 tahun), abang (6 tahun) dan adik (tak sampai setahun) serta isterinya yang cantik gebu, Aishah. Semalam lagi HH dah SMS kat I yang Syarif telah dimasukkan ke unit ICU hospital kat Kelang. Petikan SMS itu berbunyi, "Masih kritikal, tidak sedarkan diri dan bergantung sepenuhnya pada mesin oksigen. Hanya keluarga terdekat dibenarkan melawat. Dos sedia ada tidak cukup kuat, kena tunggu sepupunya (seorang doktor) bawa dos yang lebih kuat dari HKL". Terpana I kejap, "Ya Allah, Ya Tuhanku, Engkau pelihara dan selamatkanlah sahabat ku itu sebab dia seorang yang teramat baik sekali".

Sebenarnya, kami sendiri tak tahu arwah sakit apa tetapi last sekali I jumpa arwah masa kitorang buat meeting bowling, kira2 tiga minggu lepas. Memang dia nampak kurus sangat dan muka cekung sikit. Ingat lagi, masa arwah bagi MC kat si Zubir and we all AJK sebagai bukti yang arwah sakit dan membolehkan arwah ber post-bowl. I secara berlawak cakap kat dia, "Oklah, I ngan berat hati bagi you post-bowllah, tapi jangan bowl bagus2 sebab I satu mata jer extra dari you". Yerlah, dalam league bowling nih, I dengan arwah tengah "fight" untuk ranking nombor tiga. Rasanya, masa meeting tuh, I ada tanya, "You sakit apa Syarif, nampak kurus sikit". "Demam, takleh bangun tapi sekarang dah ok sikit". Lepas meeting tu lama jugak I tak jumpa arwah, adalah beberapa hari tuh langsung tak nampak kereta BMW dia kat basement sebab I selalu gak park "sebelah menyebelah so that kete I tak boring, bolehlah bersembang2 ngan kereta dia". Satu lagi yang paling I kesal, sebab I tak dapat gi melawat jenazah sebab jenazah dibawa balik ke Banting yang "memanglah bukan territory" I. I takut kalau I pegi jugak "sampai jenazah dah dikebumikan, I masih tak tiba2 sebab dah sesat mesat". Insyallah, kalau diizinkan Allah, I akan menziarahi isterinya Aishah sebab I kenal dorang anak beranak. Sekali lagi untuk arwah Syarif, "Semoga arwah di tempatkan di kalangan orang yang berimam" dan yang pastinya arwah sememangnya seorang yang kuat beribadah. Untuk isterinya Aisyah, "Semoga tabah menghadapi segala dugaan dan jadilah seorang yang kuat demi anak2 ...."

No comments:

Post a Comment