Monday, June 21, 2010

Tak puas bercuti

Bila dah seminggu bercuti, rasa malas sungguh2 nak gi kerja. Anak dara kechik I apa lagi, merengek2 jer, "Mamee, no need go work, mamee dok umah". "Dik oi, kalau mummy kayas rayas macam Kimora Lee Simmons, mummy duduk goyang kaki jer kat umah layan adik". Memang I rehat abih seminggu tuh. Memandangkan I tak gi holiday mana2, tetiap hari I dok bawak si Alea I keluar jalan2lah, omputih cakap "just want to kill the time". Cadang memang nak cari hotel mana2 around KL, pegi lepak sehari dua tapi last2 minute mana ada, adapun tinggal yang "mehe punya", tak mampu I. Kalau tak bawak adik jalan2, kesian pulak kat dia sebabnya si kakak Soraya dah terbang gi holiday kat Ostralia nun. I start cuti hari Jumaat lepas, maknanya, dari Sabtu, non-stop, I bawak adik gi "bukak" shopping complex, rasanya "tak penah sokmo dibuat I". Baguih jugak, tak duduk hotelpun takpa, duit yang nak bayar hotel tu boleh buat macam2. Bayangkan jerlah rumah sendiri tuh umpama hotel. Kolam mandi getahpun dah ada kat umah, tunggu nak isi "ayor" jer. Si Dewipun heran, tetiap hari boleh dikatakan kami keluar jalan2. Selalunya tempat tumpuan I ialah shopping compleks yang ada tempat main bebudak, lepas tuh KLCC sebab ada Petrosains dan Aquaria. Kiranya dalam seminggu tuh, campur, tolak, darab, bahagi, abih ribuan ringgit jugalah, termasuklah bab makan lunch and dinner kat hotel. Bukan apa, nak rasa macam "ala-ala" holidaylah jugak. Camnerpun, I happy sangat sebab dapat spend banyak time ngan si Alea kesayangan I tuh. Duit boleh dicari, anak tak boleh dijual beli .....

No comments:

Post a Comment