Tuesday, June 8, 2010

Thks to Aleesya and Hakim

Tak sabar rasanya nak cuti. I start cuti Jumaat nih sampailah minggu depan. Lately, I rasa penat sangat, badanpun rasa bisa2, tak tahu pasal apa. Cuti nih, I nak rehat sepuas2nya, temankan si Alea kat rumah, kesian kat Alea sebab takda kawan. Anak dara besar I, Soraya takda, lagilah sunyi si adik. Memula, I ingat Alea mestilah "serba tak kena" sebab takda kawan tapi "dia nampak ok jer". Lagipun, kalau Soraya ada kat rumahpun, dorang jarang main sama2 sebab si adik nih kuat membuli, si kakak manalah tahan, "badan asyik kena debik" jer. Satu lagi, tak tahulah apa mimpi si Aleesya dan Hakim semenjak dua menjak nih selalu datang menjengok rumah I nak main ngan Alea. Selalunya mummy dorang tak bagi si dua beradik nih main kat luar. Terima Kasih dan syukur kepada Allah, sekurang2nya Alea dah ada kawan dan terima kasih Aleesya dan Hakim, "sebab sudi datang rumah aunty main ngan Alea". Dulu Alea selalu dibawa Dewi pergi main kat rumah dua beradik nih tapi sejak maid dorang balik ke Sri Lanka, Dewi dah segan pegi ke rumah mummy Aleesya ngan Hakim. Agaknya, itulah sebabnya Aleesya dan Hakim datang rumah I sebab dah lama tak main "baca2 buku" ngan Alea. Selalunya, waktu petang, kawasan rumah I memang ramai bebudak main basikal, termasuklah Alea. I tak kisah sangat sebabnya kawasan rumah I nih agak privacy, tak terbuka pada orang luar, cuma yang ada orang2 yang tinggal di kawasan nih saja. In terms of security, "tip top" gituh. Oh, tinggal dua hari lagi, tak sabarnya "nak berkubang" kat rumah ....

No comments:

Post a Comment